Pinjaman PTPTN Masuk CCRIS – Pandangan Saya

Peminjam PTPTN Ingkar akan dimasukkan/disenaraikan di dalam CCRIS. Sudah pasti ianya menimbulkan keresahan bagi sesetengah pihak . Sudah semestinya juga ianya ada kebaikan dan keburukan apa yang dilaksanakan ini. Pandangan peribadi saya, antara Kebaikan dan keburukan Pelaksaan Sistem ini :

Kebaikan :
1) Yang culas akan mula membayar kerana jika rekod buruk di dalam CCRIS, bakal menimbulkan kesukaran untuk apply loan rumah, kereta, pinjaman peribadi ,etc.
2) CCRIS ada rekod, sedikit sebanyak membantu pemimjam baru yang tidak pernah ada pinjaman sebelum ini. Jika CCRIS PTPTN cantik, memudahkan untuk mendapatkan pinjaman (bergantung kepada kelayakan/Debt Service Ratio juga)
3) Mudah la sikit kerja PTPTN. Tak perlu nak hire “Collector Agent”/Ah Long untuk kutip hutang PTPTN. KPI tahun ni maybe meningkat kerana lebih banyak yang dapat dikutip.
4) Wang kita juga. Duit PTPTN ni dipinjam dari EPF kan? So, memang wajib la kena bayar hutang tersebut.


Kredit Picture : Malaysiakini.com

Keburukan :
1) Membebankan generasi muda untuk mendapatkan pinjaman. Kadar DSR sudah pasti bertambah. Jumlah pinjaman yang bakal diperolehi berkurang.
2) Makin sukar untuk membeli rumah pada harga yang lebih tinggi.
3) Kerana nila “banyak titik” , rosak susu sebelanga. Dasar ini dilaksanakan kerana “Segelintir (lebih dari separuh?)  Peminjam PTPTN” yang culas untuk membayarnya. Hasilnya, yang bayar cantik/prompt pun turut menerima tempiasnya sama.

Pengalaman peribadi, sayalah yang menguruskan dan membayar bayaran bulanan Pinjaman PTPTN untuk isteri dan Adik Ipar. Hutang tetap hutang. Bayar tetap kena bayar. Masa bujang dulu, ada juga housemate yang gaji RM5K+ sebulan, tapi liat membayar pinjaman PTPTN. Bila ditanya kenapa tidak bayar, jawapan diberi, alah, PTPTN bukan boleh ambil action pun. Kot2 in future di waivekan aja ? Amboi, mudahje kan? Tengok sekarang apa dah jadi. Kesian buat adik-adik yang baru nak berjinak-jinak dan membuat pinjaman. RUmah makin mahal, kos sara hidup makin tinggi, nampak gaya semakin ramaila golongan yang hanya mampu “menyewa rumah” di masa hadapan.

KLIK Untuk Dapatkan Rahsia Pinjaman Rumah

Ada tu pula, dapat PTPTN berjoli sakan. Bukan semua, ada segelintir. Terus angkat smartphone, Sony Experia Z Ultra, dan macam-macam lagi. Biar Papa, asal bergaya. Hutang semasa, enjoy dulu, masa depan, nanti-nanti la kira?

Jom Baca Apa Pula Pandangan Rakan-Rakan di Luar Sana :
Rekod PTPTN di Dalam CCRIS – Apa Tindakan Anda –  Abang Ensem –
Tak Boleh Beli Kereta Kalau tak Bayar PTPTN – AriffShah
Isu Hutang PTPTN dan CCRIS  – Mr Titan
Hutang PTPTN Disenarai Dalam CCRIS – Pakdi.net

Perkara dah jadi, nak menyesal pun sudah tidak berguna lagi. Hutang PTPTN sudah disenarai dalam CCRIS, adakah hutang-hutang yang lain bakal menyusul sama di masa hadapan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

31 thoughts on “Pinjaman PTPTN Masuk CCRIS – Pandangan Saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.