Pentingke Bilangan Follower?

Tertarik dengan entri Blogger Popular Malaysia, Ariffshah yang bertajuk Pentingke Bilangan Follower Blog?. Andaian di sini follower tersebut adalah Follower Widget di Blogspot. Secara keseluruhan, rakan blogger mengatakan bilangan follower tersebut tidak penting. Ada juga yang mengandaikan jumlah follower ini merujuk kepada Follower Facebook/Twitter.

Anyway, pentingke bilangan follower ini? Ben Ashaari misalnya mengatakan ianya adalah penting i.e. seperti di entry Followers Tak Penting Dalam Dunia Blog! . Pentingke follower ini? Ada yang mengatakan ianya tidak relevan kerana Jumlah Followers Facebook misalnya boleh dimanupilasi i.e. boleh beli Facebook Follower, boleh guna program, dan pelbagai lagi. Sama juga di Follower di Twitter, Instagram etc.

In realiti, adakah ianya begitu? Adakah Advertiser memandang bilangan Follower ini?

Pengalaman peribadi sepanjang bekerjasama dengan lebih dari 50 Pengiklan di luar sana (kecil + besar) , dari jumlah sekecil RM50 sehingga beribu-ribu, Adakah Pengiklan memandang jumlah followers ini? Maksud followers di sini followers Facebook/twitter/Instagram.

Ye, masih ada segelintir Advertiser kecil/besar yang masih memandang bilangan followers ini kerana beberapa sebab antaranya :

1) Mereka kurang faham dengan konsep blog Advertising. Ada yang mengandaikan Follower tinggi, hits tinggi. Ada pula yang assume , follower ni adalah pembaca setia dan mereka memang target pembaca setia compare to yang datang dari search engine etc .
2) First Impression – Mereka nampak followers tinggi ini mampu menarik lebih ramai potential customer.

Contoh mudah, pernah tak terima e-mail dari pengiklan yang turut suruh inform sekali jumlah followers facebook/twitter/instagram? Kalau tidak penting, tentu mereka tidak minta nombor tersebut kan? Beralih kepada sebab di atas dan juga sebab lain antaranya mereka turut mahu mengiklankan di Facebook fanpage, twitter, etc..

Tahukan anda, satu seeding Seed di Churp2 (lebih kurang kongsikan link/cerita di Facebook/Twitter) boleh mencecah 3-4 angka satu tweet/share di Facebook? Secara peribadi, masa Churp2 masih sayangkan saya, saya pernah menerima satu seeding yang bernilai 3 angka. Ada rakan blogger berkongsikan pernah menerima 4 angka untuk beberapa seeding job. Alpha Churpchurp misalnya, jumlah seeding yang diberikan bergantung kepada Follower Facebook/twitter mereka. Lebih ramai, lebih besar jumlah yang dibayar.

Jadi, Pentingke BIlangan Follower? Pengiklanan Blog di Malaysia, masih ada Pengiklan yang kurang faham dan masih menggunakan Followers Blog sebagai salah satu kayu pengukur untuk mengiklankan produk/perkhidmatan mereka. Tepuk dada, tanya selera.

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

30 thoughts on “Pentingke Bilangan Follower?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.