Penangan SEO Membantu Perniagaan

“Di hari raya pertama :

Pak Lang : Man, terimakasih banyak….Murah rezeki Pak Lang tahun ni….Ramai yang order akok pak lang..Bila tanya, dari mana tahu pasal akok pak lang ni? Ramai yang jawab datang dari blog .. Blog man la tu kan?


Eyriqazz : Alhamdulillah……Keyword “Akok Sedap Terengganu” muncul di page pertama google untuk entri ini–> http://bit.ly/13vdjgM

P.s : Itulah penangan SEO…SEO tidak bermaksud mengejar entri panas/hangat semata-mata..Kena faham konsep SEO itu sebenarnya i.e. perkongsian menarik dari Otai Blogger ini –> Adakah Blogger Keliru dengan SEO

 Bersetuju dengan komen Denaihati Ilhamku :”Itu sebenarnya bila kita faham teknikal SEO tu lagi seronok kita berblog dan produk yg kita review dpt faedahnya”.Personally dulu, eyriqazz pun pernah bermain SEO dari entri-entri hangat, terkini dan semasa. Hasilnya memang best dan hits naik mencanak-canak  i.e :
Keyword Panas “Aksi Panas 2 Beradik”
 
Before and After penggunaan entry “SEO yang Boom”

Keyword “Restoran Mee Tarik Warisan Asli”
Tepuk dada, tanya selera. Tak salah bermain dengan keyword panas/isu semasa tapi sesuaikan entri tersebut dengan citarasa. Kalau asyik mengejar entri panas, kepuasan berblog mudah lari dan pembaca pun mudah terasa bosan dan loyal readers semakin berkurangan. Kagum dengan Sifu SEO i.e. YanmieOnline, entri yang berkenaan isu semasa diolah baik. Kill 2 birds with one stone. Sambil menangkap keyword menarik, readers masih selesa membaca kerana gaya penulisan disesuaikan dengan cara tersendiri dan bukannya sekadar copy and paste.Betulke bila kita faham teknikal SEO tu lagi seronok kita berblog dan produk yg kita review dpt faedahnya”. Perkongsian peribadi berdasarkan pengalaman eyriqazz menghasilkan lebih dari 50 entri berbayar/Sponsored Post, Penangan SEO yang memberikan Impak Positif dan Membantu Perniagaan. Antara keyword yang muncul di Google Malaysia dari entri eyriqazz.com antaranya :
Keyword “Pengalaman Shopping Online Tesco”
Pengguna biasanya akan google terlebih dahulu sebelum mencuba perkhidmatan shopping online. Normally, testimoni dari pelanggan akan lebih meyakinkan untuk mencuba. Lebih banyak feedback positif, lebih yakin seseorang pengguna untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.
Keyword “Anmum Essential”
Sepanjang menjadi blogger, inilah kempen yang paling mahal pernah eyriqazz terima. Dari 6 entri pada mulanya, advertiser sangat berpuas hati dengan entri-entri yang dihasilkan oleh bloggers dari Nuffnang ditambah lagi 6 entri menjadikan 12 entri keseluruhannya. Hasilnya, untuk eyriqazz sendiri Job dari Anmum ini berjaya menghasilkan 5 angka Income berblogging. Alhamdulillah, murah rezeki time ni.
Keyword “Duit Raya dari Celcom”
Murah rezeki Nisa Kay dengan Celcom. Tahun lepas menang duit raya dari Celcom. Tahun ini muncul di iklan Celcom sebelum berbuka puasa. Puasa Pertama pula tu. So far, sejak menggunakan Celcom lebih dari 5 tahun ianya tidak menghampakan.
Keyword “Kelebihan Anmum Materna”
Time ni Isteri tengah mengandungkan Azim. Walaupun alahan susu, dicuba juga minum Anmum Materna. Ternyata, testimoni dari ibu-ibu mengandung sebelum ini, Anmum Materna sememangnya bagus untuk ibu-ibu mengandung. Bagi bakal ibu, keyword seperti Kelebihan Anmum Materna ini sememangnya dicari. Boleh dikatakan keyword yang evergreen untuk blog Eyriqazz.com ini, sentiasa dicari dari masa ke semasa.
Keyword “Nile.Com.My”
Nile.Com.My menawarkan perkhidmatan Online shopping dengan harga yang berpatutan dan produk yang berkualiti. Sama dengan point sebelum ini, Online shopping sebegini, potential customer biasanya agak google terlebih dahulu untuk melihat feedback dan testimoni dari pengguna yang pernah menggunakan perkhidmatan sebelum ini. Banyak respons positif, semestinya akan menarik lebih ramai potential customer. Tak gitu?
Keyword “PInjaman Perumahan Terbaik”
Honestly, saya sendiri pun pernah google keyword ini semasa mencari bank mana yang menawarkan pinjaman terbaik semasa pembelian rumah kedua beberapa tahun yang lepas.
Keyword “Sewa Chocolate Fountain”
Win-win situation. Keyword sebegini akan dicari bagi yang mencari perkhidmatan sewa chocolate fountain untuk digunakan di majlis-majlis tertentu misalnya majlis birthday, kahwin, aqiqah anak dan pelbagai lagi..Jadi, pentingke ilmu SEO bagi bloggers? Pandangan saya, sangat penting especially bagi bloggers yang mahu maju ke hadapan dan bercadang untuk menjana pendapatan yang konsisten dan lumayan dari berblog. Ramai pengiklan di luar sana yang mencari bloggers yang mempunyai kelebihan dan entri yang mesra SEO. Antaranya saudara Bro Denaihati, Kak Jie, Yanmie, BeautifulNara, Akma Omar, Mr Titan dan ramai lagi.
Inilah salah satu kelebihan pengiklanan di blog. Entri tersebut akan sentiasa ada di carian engine selagi blog itu masih ada. Lain jika dibandingkan dengan akhbar etc.Selepas beberapa ketika, ianya akan diarchivekan dan akan di delete. Entri yang mesra SEO akan memberikan kelebihan “long term” buat bakal pengiklan dan semestinya produk yang kita review itu mendapat faedahnya. Pembaca dan juga Pengiklan.Cadangan eyriqazz, antara tempat yang boleh belajar ilmu SEO ini antaranya :
P.s : Pentingke Ilmu SEO bagi Seorang Bloggers? Apa pandangan anda?P.s.s : Jom Uji ilmu SEO dengan menyertai Contest SEO Eridy

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Penangan SEO Membantu Perniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.