Pembantu Rumah Cilik

Bangun je tidur, terus cari penyapu dan penyodok. Amboi-amboi, rajin betul pembantu rumah cilik Papa dan Mama ini .

Sapu sana, sapu sini. Mula pandai cari penyapu dan penyodok bila tengok Abah Toknya yang sangat rajin menyapu rumah kalau berkunjung ke rumah kami.

Bila dah pegang penyapu dan penyodok dah mula tak pedulikan orang di sekeliling. Buatla apa nak buat, Azim go on dengan kerja azim. Nak tolong Mama…Hehehe

Sana kotor, sini kotor. Papa ni, kalau Azim tak sapu, Papa buat tak tau je ya?

Ehh, apsal dari tadi tak penuh-penuh lagi penyodok ni? Nak kena start semula ni…

Kakak, tepi sikit.Azim nak menyapu ni. Jangan kacau….

Hehehe,itula gelagat anakku yang berusia 1 tahun 4 bulan kini. Bila dah dapat kaki ni, ke sana ke mari kena kejar. Memang jauh bezanya kelincahan seorang anak lelaki dibandingkan dengan anak perempuan.

P.s : Orang cakap, anak lelaki susah nak jaga masa kecil, anak perempuan bila meningkat remaja/dewasa, betul ke?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Pembantu Rumah Cilik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.