PapaMifz Blogger Berkaca Mata Kacak

Tiba-tiba mood rajin nak join Contest. Surfing punya surfing, hari ini last day untuk join Contest INI. Saya memang suka buat kerja last minute. Hahaha.Tetiba rasa berminat nak join contest ini. Maybe coz blogger yang anjurkan contest ini selalu nampak mengomen di blog eyriqazz.com ini, jadi, rasa macam tak best pula kalau tak support sama. Kata orang, better late than never.

Apa eyriqazz nak review ya? Banyak yang sudah dikomen dan direview bila bacak entri Blogger Kacak ini. Apapun, ini review dari eyriqazz :

1) Nama Blog
– Papamifz.com . Senang ingat, senang sebut, senang eja. Passed.

2) First Impression
– Seorang Papa yang penyayang. Nama blog sempena nama anak. Sweet. Mesti anak tunggal ni kan?

3)Template Blog
– Kemas tapi nampak macam simple sangat. Kurang menyerlah kalau sekali tengok. Agak suram pilihan warna.

4) Header Blog
– Cantik tapi macam belum cukup Ummppphhhhhh…..

5) Niche Blog
– Family, Makan, Cuti , Optik cuma nampak belum diserlahkan sepenuhnya especially part Optik. Susah nak cari blog bercerita pasal Optik tapi  selak balik entri Papamifz , tak banyak nampak entri pasal Optik. Isteri saya pakai cermin mata. Saya dulu masa zaman belajar pun pakai cermin mata (Silau untuk belajar). Kalau dapat kongsi-kongsikan tips penjagaan mata, penjagaan cermin mata, Do and Don’t tentu lebih menarik. Juga, cari pemilihan cermin mata yang sesuai or apakah kelebihan Pakai Contact lense versus Cermin Mata.

6) Mesra Pembaca
– Blog ni nampak mesra pembaca. Setiap entri nampak ramai yang mengomen.

7) Kurang Promosi
– Nampak blog Papamifz.com nampak macam kurang promosi. Or, eyriqazz je yang kurang perasan pasal ini? Mungkin juga sebab tak pernah jumpa di mana-mana event blogging. Tapi itu tidak bermakna tidak hadir event, tidak boleh popular kan? Tengok saja Makcik “Garang” ni, walaupun jarang join event, boleh katakan antara salah seorang blogger Popular Malaysia yang dikagumi dan boleh dikatakan “Legend”.

8) Komen Pasal Contest
– Ada terbaca Contest PapaMifz ni kurang mendapat sambutan. Umm, kenapa ya? Kenapa Kontest Yang Dianjurkan Kurang Mendapat Sambutan?  . Pandangan peribadi eyriqazz, 3 sebab kontest ini kurang mendapat sambutan. Sebab pertama Hadiah belum cukup menarik dan kena dengan selera ramai bloggers i.e. most blogger yang eyriqazz kenal, kebanyakannya tidak berkaca mata. Sebab kedua, kurang promosi. Sebab ketiga, timing especially time puasa dan raya ni. Ramai yang dilanda SIndrom Kenadotan.

9) Archives
– Nampak ada by month tapi tak nampak tajuk. Senang skit kalau ada nampak tajuk terus .Senang nak singgah terus.

10) Apa Yang Saya Suka?
– Bagi saya yang mempunyai citarasa yang sama dengan iaitu travel/melancong, entri Tempat Menarik di Malaysia ini memang saya suka. Boleh dijadikan sumber rujukan untuk percutian di masa hadapan.
– Bloglist ada blog saya. Hehehehe….
– Gambar-gambar yang menarik. Pakai kamera apa ya bro?

11) Kurang Suka
– Tiada ruangan menu untuk niche utama i..e Family,Cuti, Makan, Optik.
– Jarang update update. Santai juga layan blog Papamifz.com. Tapi bila kurang update, mood nak berkunjung pun rasa macam berkurang juga.

12) Cadangan
– Perkongsian tips Kekeluargaan, travel, dan juga kaca mata/optik
– Tukar template blog, header blog
– Jemput Blogger buat review kedai Cermin Mata Bro… Hehehe…

Owhh ya, mohon maaf kalau ada ayat entri ini yang tidak disenangi.

P.s : Agak-agak kalau eyriqazz berkaca mata kembali, bolehkah menambahkan “Aura Kekacakan?”

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “PapaMifz Blogger Berkaca Mata Kacak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.