Denaihati vs Kujie

d vs k

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tajuk kali ini bukan bermaksud perlawanan antara blog Denaihati dengan Kujie. Tapi pandangan aku tentang blog ini sepanjang mengenali dunia Blogger ini. Confirm korang semua kenal 2 orang blogger popular ini kan? Kalau korang sorang blogger, tapi tak kenal salah satu blog ini, tandanya ada kena upgrade lagi network blog korang. Ha ha.

Ok lah, aku mula-mula kenal dengan blog kak Kujie dulu,  Lepas tue baru Denaihati. Apa yang aku perhatikan, masa permulaan blog mereka, tak ada langsung gambar sendiri yang disertakan. Sehinggakan aku sangkakan owner Blog kak Kujie adalah lebih kurang sebaya dengan aku. Ha ha. Itu masa tahun 2009 ye, dah lama dah. Ha ha. Blog Denaihati pula, aku ingatkan ownernya seorang perempuan, sebab nama domain yang JAMBU bagi aku. Ha ha. Sekarang baru aku tahu, owner Denaihati muka ganas beb, Tapi baik hati. (bodek)

Blog Kak Kujie lebih kepada penulisan tentang kekeluargaan. Dimana, blog Denaihati lebih kepada isu semasa dan update team perlawanan ARSENAL(team favourite yang sama dengan aku). He he.  Tapi masing2 ada follower tersendiri.  Cara penulisan semestinya berbeza, apapun kedua-duanya best untuk dibaca.

Daripada kedua-dua blogger ini, aku hanya pernah berjumpa dengan Tuan Denaihati saja, Dengan Kak Kujie belum ada rezeki, Maybe sebab abang Ann masih outstation kot, teringin juga nak ke teratak kak Kujie, mandi kolam. Ha ha. Apapun, banyak yang dapat aku belajar dari kedua-dua orang blogger ini. Ada betul  juga orang kata, orang lama lebih banyak pengalaman dari orang baru. He he. Sekian.

p/s –  Siapa boleh teka, sejak bila tuan Amir Hassan memperlihatkan wajah kacak beliau?

# Entri ini adalah hasil nukilan dari Penulis Jemputan iaitu  Fazrolyang menulis  di http://fazrol.com/

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Denaihati vs Kujie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.