Cerai Melalui Sms – Dayusnya Seorang Lelaki

Satu lagi kes Perceraian berprofil tinggi, Rita Rudaini diceraikan melalui SMS. Bila baca berita ini, teringat kisah Bekas Adik Ipar Yang Badigool!! . Tergila-gilakan janda, adik saya diceraikan dengan talak satu juga melalui sms/panggilan telefon.

Bagi eyriqazz, ini sikap lelaki dayus yang menceraikan Isteri melalui sms. Kalau masa nak masuk meminang, datang gerombolan sampaikan boleh dikatakan cukup untuk bersembahyang jumaat, tapi bila ceraikan melalui sms? Murah sangatkah nilai seorang Isteri yang pernah dikahwini? Sikap seorang pengecut saja yang nampak saja jantan tapi menceraikan melalui sms?.

# Bantu Insan Yang Memerlukan 

Dalam rumahtangga memang ada pasang surutnya. Apabila kes perceraian sebegini terjadi, yang menjadi mangsanya adalah anak-anak yang tidak berdosa. Ada tu, terus dilupakan nafkah untuk anak-anak, walhal nafkah untuk anak-anak adalah masih menjadi tanggungjawab seorang bapa.

P.s : Bila Nak lautan api sanggup direnangi, bila taknak buat je sesuka hati?

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

9 thoughts on “Cerai Melalui Sms – Dayusnya Seorang Lelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.