Bukan Mudah Cari Pengasuh yang Bagus

Tertarik dengan entri rakan blogger Serba Salah Dengan Pengasuh Harraz . Dilema seorang rakan blogger/ibubapa yang bakal menghantar anak kesayangan dari dijaga oleh Pengasuh ke Taska yang disediakan oleh syarikat. Mungkin atas sebab faktor lokasi, boleh ambil anak terus lepas kerja dan pelbagai lagi.

Berkongsi pengalaman. Anak-anak kami dijaga oleh Pengasuh sejak Alisya dan Azim bayi lagi. Alisya kini berusia 4 tahun, Azim 1 tahun. Pengasuh kami memang boleh dikatakan sangat bagus. Anak-anaknya pun sangat penyayang dan mudah mesra dengan kanak-kanak. Kadang-kadang, sampai taknak balik Alisya dan Azim dibuatnya. Both suami dan Isteri memang penyayang, memang sukar dicari diluar sana. (Gambar di atas ketika Alisya berusia 2 tahun bersama anak-anak pengasuh)

Rakan-rakan pejabat pernah tanyakan, kenapa tak hantar Alisya ke Childcare yang disediakan oleh syarikat? Servis berkualiti, kemudahan macam hotel, dan pelbagai lagi. Namun apabila melihat rakan-rakan pejabat yang mengalami pelbagai kesulitan ketika menghantar anak ke childcare i.e. kalau demam tidak dibenarkan hantar, ambil lambat kena bayaran tambahan, dan pelbagai lagi, saya rasa lebih baik saya teruskan hantar Alisya ke rumah pengasuh.

Waktu pagi, Alisya kami hantarkan ke CIC untuk belajar ilmu. Melentur buluh dari rebungnya, kan? Time isteri ke sekolah waktu petang, kami hantarkan Alisya dan Azim ke rumah pengasuh. Memang  in term of bayaran bertambah kena hantar dua tempat, namun bak kata orang, duit boleh dicari, insan yang baik bukan muncul setiap kali. Pengasuh kami banyak ajarkan perkara-perkara yang bagus kepada ALisya, cara beradat, cara menghormati orang tua, kenapa kena kurangkan makan di Mc Donalds, dan pelbagai lagi. ALhamdulillah, memang puas hati dengan layanan pengasuh kami. Tidak pernah mereka berkira or berkasar dengan anak-anak. Lain sekali ketika masa dihantar ke Pusat Asuhan sebelum dihantar ke pengasuh. Alisya asyik menangis, tempat agak kotor, dan kami syak mereka kasi ubat batuk/ubat tidur kerana Alisya timetu macam selalu mengantuk time diambil.

Apapun, tepuk dada tanya selera. Citarasa dan sebab mungkin berbeza. Skin Cleanser Award Winner mungkin bagus untuk kita, tapi kurang sesuai untuk orang lain pula.Bagi eyriqazz, Pengasuh yang bagus, susah dicari. Mungkin bila anak-anak dah nak masuk sekolah, time tu bolehla dihantar ke tempat lain.

P.s : Kongsi-kongsikan pengalaman bersama Pengasuh or Pusat Asuhan/Childcare yang pernah korang hantar…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “Bukan Mudah Cari Pengasuh yang Bagus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.