Blogger Hebat Income Lebat

Blogger Hebat

Blogger Hebat, Income Lebat, 4 rakan blogger yang turut menjayakan satu “Blogging Job”. In Shaa Allah, kalau ianya seperti dirancangkan, bakal membuahkan hasil yang agak memuaskan. Jom berkenalan dengan mereka :

1) AbangEnsem – Full time blogger @ Pelabur Hartanah Berjaya. Memiliki berbelas buah rumah sewa dan turut menganjurkan Seminar Hartanahnya sendiri. Disamping itu telah mengeluarkan beberapa buah Ebook hartanah dan juga buku hartanah. Salah seorang full time blogger yang sangat berjaya. Income Lebat? Sudah semestinya..Estimate Income – RM5K-RM20K sebulan… Hehehe….

2) Miss Baby @ Nisa Kay – Blogger Ayu dan Cantik. Salah seorang calon “Isteri No. 2 ” AbangEnsem. Hehehe, just kidding. Semakin mencipta nama dalam dunia blogging. Kalau perasan, dialah yang muncul di iklan Celcom hari pertama bulan puasa 2013. Selain menjadi bloggers, turut mempunyai bisnes online sendiri. Memang kagum dengan pencapaiannya walaupun masih lagi muda (belum sampai 25 tahun) namun pendapatannya mengalahkan gaji fulltime eyriqazz. Estimate Income : RM5K-RM10K sebulan……Sila berguru dengannya…

3) Pie2020 – Seorang Otai/Jutawan  Hartanah. Sama generasi dengan AbangEnsem. Turut menganjurkan Seminar Hartanah dan “Projek Join Venture Hartanah” nya dengar cerita berjaya menarik ramai pelabur hartanah baru untuk turut serta dan meramaikan bilangan bumiputra dalam Pelaburan Hartanah. Diam-diam Ubi berisi, mempunyai portfolio Income yang pelbagai. Estimate Income – RM10-RM30K sebulan…..

4) Shakiddo – Raja Komen, Tokey Unifi, New Addition in Denaihati Network, fulltime blogger dan  bakal bergiat aktif dalam perniagaan Homestay tak lama lagi (hehehe,yang last tu saya tambah). Seorang blogger yang peramah dan disenangi ramai. Sebut Kid, mesti orang ingat Abangnya Food Blogger Popular , HazmanFadzil. Semakin mencipta nama dan semakin mendapat kepercayaan dari pelbagai Advertiser/Pengiklan di luar sana. Dengar cerita, bakal memiliki “Syarikat Pengiklanan Blogger” sendiri tidak lama lagi. Estimate Income – RM5K-RM10K sebulan.

5) Eyriqazz – Who the F*** is eyriqazz?????? Tak masuk dalam list, cukup untuk jadi “tukang Ambil Gambar” saja…Hehehehe….

P.s : Bukan Mudah Untuk menjadi Bloggers Berjaya, namun jika kena caranya, memang Lebat dan Mantap seperti mereka di atas….

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

44 thoughts on “Blogger Hebat Income Lebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.