The Star Cilok Gambar Blogger?

Gambar di sebelah kiri adalah gambar yang diambil sendiri oleh saya ketika masih bersama blogspot untuk entri Pinjaman Peribadi tahun 2009. Gambar sebelah kanan pula gambar di salah satu artikel The Star hari ini yang bertajuk Shadow Banking : It’s a Problem edisi suratkhabar. Memang tiap-tiap minggu saya selalu beli Akhbar The Star. Perhati-perhatikan balik, macam gambar ini sama cuma seperti sudah dicropkan dan diedit especially part gambar awan dan nampak ianya lebih kabur. Adakah The Star cilok gambar blogger? Susah sangatke nak ambil gambar bangunan Bank Rakyat? Pergi je dan ambil je. Bukan susah sangat pun kan?

Kalau betulla, tak sangka Surat Khabar yang terkemuka buat begini. Kalau minta permission dulu, mungkin eyriqazz sendiri boleh kasi gambar tu. Ini consider penat lelah juga kan? Dulu pernah juga Akhbar XXX minta salah satu gambar makanan di blog. Sudah kasi, terus senyap. Langsung tak ucap terimakasih. Nak kasi kredit or sedikit insentif tu tak usah cakaplah.

Gambar artikel penuh seperti di Artikel The Star hari ini…Honestly, being a blogger , part mengambil gambar dan mengedit gambar antara part yang banyak makan masa. I.e. untuk coverage dan buat Live blogging INI, masa sejam yang diberikan, lebih kurang separuh darinya dihabiskan untuk pilih, edit, dan uploadkan gambar.

Bak kata Sifu saya, Mintalah Kalau Nak, Saya Boleh Bagi tapi biarlah dengan cara yang betul dan profesional. Lebih-lebih lagi syarikat yang sudah bertapak agak lama ini, boleh pula lakukan perkara sebegini?. Kalau asyik fikir nak mudah dan cepat, inilah jadi nya kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

25 thoughts on “The Star Cilok Gambar Blogger?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.