Terawih Pertama 2013

Hari pertama ramadhan, demam dan sakit tekak. Satu hari terbongkang di atas katil. Kepala terasa berat dan berdenyut-denyut. Nak bangun pun rasa tak larat. Masa bersahur sempatla makan ubat yang diberikan oleh doktor. Berbuka puasa, tapau ala kadar dari Bazaar Ramadhan.Mujurla lokasinya tak jauh dari rumah.

Gagahkan diri untuk berterawih malam ini. Semalam tak sempat pergi. Pergi dekat surau yang tak jauh dari rumah.


Alhamdulillah, ramai orang. Penuh satu surau di hari kedua berterawih.

Sempat bersalaman dengan beberapa jemaah yang hadir walaupun tidak kenal. Duduk KL ini, jiran di sendiri pun boleh tidak kenal kan?

Melentur buluh biarla dari rebungnya kan? Tersenguk-senguk nampak si Adik ini dan mengantuk kepenatan hari pertama berpuasa.

Malam ini buat 8 rakaat terawih. Ramai yang buat 8 juga. Hanya tinggal lebih kurang 5 saf yang masih meneruskan berterawih.

Semoga demam cepat kebah. Rasa lebih tenang selepas menunaikan sembahyang terawih.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Terawih Pertama 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.