Tampal Tayar Kereta Bocor

Sepanjang menggunakan kereta lebih kurang 5 tahun, tayar kereta tak pernah lagi bocor i.e di tengah jalan. Saya sangkakan kalau tayar kereta bocor, kena tukar tayar terus. Tak boleh tampal etc. Rupanya tanggapan saya silap. Bagi kebocoran yang sedikit, ianya boleh ditampal. Jimat kos, tak perlu nak tukarkan tayar. Beberapa hari lepas kereta bocor selepas isteri pulang dari kerja, katanya terkena paku.

Pergi kedai kereta tanya boleh tak tampalkan tayar tersebut? Katanya boleh. Sempat nampak mekanik keluarkan paku yang terkena tayar kereta. Halus je. Entah siapa punya kerja tercicirkan paku di tengah jalanraya.

Tak sampai sepuluh minit, siap. Kosnya hanyalah RM5 . Tampal dari luar. Dah sampai rumah isteri beritahu, rupanya boleh tampal dari dalam, kosnya dalam RM25. Rakannya yang beritahu. Lagi tahan lama katanya.


Dapatkan di Sini –> Panduan Penjagaan Kereta Terbaik 

Comments

  1. says

    kereta lama suami pun rajin tampal2 ni, tapi Eyriqaz kena rajin checking juga sebab angin cepat kurang. Ermm baru ni tukar tayar 4 biji + Roadtax +Service dalam satu masa = Raya ni tak ada baju raya ler hihii.
    Azie recently posted…Sup Tulang HomemadeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing