Syarat Pinjaman Diperketat

” Berkuatkuasa serta merta,  Bank Negara Malaysia memperkenalkan syarat tambahan bagi pinjaman peribadi, kediaman dan bukan kediaman dalam usaha mengelakkan hutang isi rumah berlebihan dan meningkatkan amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama” – Sumber Berita Harian

Antara sebab ianya diperketatkan adalah kerana kadar household debt to Gross Domestic Product (GDP) ratio adalah antara yang tertinggi di negara Asia yang sedang membangun iaitu 83%. Simple said, rakyat Malaysia banyak berhutang .

Antara Syarat yang diperketatkan antaranya :
1) Pinjaman Perumahan Maximum 35 tahun sahaja
2) Pinjaman Peribadi maximum 10 tahun saja
3) Pinjaman maximum dibenarkan especially buat peminjam baru dicapkan pada 60% dari gaji bersih. Contoh mudah, gaji bersih selepas tolak EPF etc adalah RM2,000 , kadar pinjaman maksimum yang dibenarkan adalah untuk instalment yang berjumlah RM1,200 sebulan.

– Muka Depan The Star hari ini –

Pandangan Peribadi Eyriqazz:

1) Pinjaman Perumahan Maximum 35 tahun saja
– Lebih pendek tempoh pinjaman, lebih sedikit kadar faedah. Pada masa panjang, ianya menguntungkan peminjam dari segi pembayaran faedah kepada bank.

– Kadar bayaran bulanan meningkat. Lebih sukar untuk mendapatkan kelulusan. Memberi implikasi yang agak besar kepada middle Income dan Lower Income untuk memiliki rumah idaman mereka lebih-lebih lagi kenaikan kadar hartanah melebihi kadar kenaikan gaji setiap tahun. Golongan kaya rasanya tidak begitu bermasalah sangat untuk mendapat pinjaman.

– 45 tahun instalment berkurang tapi nampak macam “Pinjaman Dua generasi” . I.e. loan dibuat pada umur 30 tahun ,matang pada usia 75 tahun. Most people bersara pada usia around 55-60 tahun. Tempoh selebihnya, siapa yang akan membayar? Sudah pasti anak-anak kan?.

– Semakin sukar bagi peminjam baru untuk mendapatkan pinjaman pada kadar instalment yang lebih rendah.

Overall, syarat pinjaman semakin diperketatkan dan bank pula mungkin semakin memilih dalam meluluskan pinjaman.

2) Pinjaman Peribadi maximum 10 tahun saja
– Setuju tapi kadar faedah patut diturunkan juga. Jika tidak semakin berleluasa pengguna membuat pinjaman dengan Ah Long dan Pinjaman berlesen/tidak berlesen yang mengenakan faedah yang tinggi especially bila berlaku “Emergency Case” .

Overall, memang ada Pro & Consnya. Apa pula pandangan anda?

KLIK Untuk Dapatkan Rahsia Pinjaman Rumah

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

8 thoughts on “Syarat Pinjaman Diperketat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.