Si Dia Buat Isteri Cemburu

Isteri pergi kursus 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi. Makan ala-ala orang bujang. Makan ‘sorang-sorang’. Pergi kerja nasib baik baju sudah Isteri gosokkan. Balik kerja tapau makan or dinner sorang-sorang. Suami  penyayang, mana ada “dating” dengan Insan ketiga kan?. Lagipun, wajah sudah tidak sekacak dulu. Hahaha, kalau Mr. Titan or Abangensem dengar ni tentu dia pun ………… Sila sambung sendiri…

Entah camne, gambar hangatku dengan “Si Dia” tersebar. Apa jawapan yang harus kuberikan? . Both aku sayang…. Diluah mati mak, ditelan mati ayah….Perlukah aku membuat keputusan untuk memilih? Sukarnya untuk ku buat keputusan…Isteriku tetap ku sayang.. Si “Dia” memang ku sayang…Perkenalanku dengannya pun belum sampai 2 tahun. Owhh, susahnya untuk membuat pilihan bila Si Isteri sudah memberikan kata dua…Si dia ataupun dia..Tak bolehkah kalau ku pilih ke dua-duanya? Fuhh, lelaki, tamak haloba betoi…..

Semoga lembut hati isteriku untuk menerima si Dia…Lebih-lebih lagi bulan puasa bakal menjelma..Tak elok bermasam muka. Dua-dua saya sayang. Manakan boleh ku pilih salah satunya? Owwhhh, apakah yang perlu ku lakukan? Siapakah yang telah menyebarkan gambarku di kamar tidur dengan si Dia? Manakan si Isteri tidak keruan dan muncung mencuka bila gambar di atas katil ditunjukkan kepadanya. Mahu pinggan mangkuk terbang…..

Baik ngaku, baik ngaku cepat siapa yang ambil gambar ini sebelum keadaan menjadi lebih tegang. Jangan diusik Si  Jebat. Mahu ku amuk satu Kuala Lumpur gegak gempita siapa yang mahu menghalang silakan ke depan.

Gambar ini….

 

Bawah lagi….

 

 

 

 

 

 

Lagi…..

 

 

 

 

 

 

Inilah gambarnya……..

 

 

 

 

Susah kan Untuk membuang pilihan antara “Si Dia” dan Isteri?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

12 thoughts on “Si Dia Buat Isteri Cemburu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.