Shopping Raya di Kenanga Wholesale City

Papa, jomla ke Kenanga Wholesale City. Kawan-kawan sayang cakap, tempat ni barangan murah. Kalau beli borong lagi murah. Harganya pun lebih kurang or better dari shopping di Jalan TAR, tempat yang Papa tak berapa suka nak pergi tu. Isteri Myvitrd pun selalu pi shopping sini. Jomla Papa.

Umm, follow je la. Lebih mudah kan di bulan puasa ni? Pergi la singgah semalam. First impression, fuhh, luasnya kawasan ni. Berbelas-belas tingkat? Terserempak dengan rakan isteri yang baru lepas shopping, katanya tingkat 5 banyak barangan/pakaian untuk wanita/kanak-kanak. Yang sorang tu shopping sakan, nak poskan ke Sabah kampung halaman untuk family buat bisness kecil-kecilan di sana.

Yer,yer. Kalau perempuan singgah sini memang rambang mata. Patutla ada yang komen di Facebook, ada sampai rambang mata, tak membeli apa-apa. Tak tahu nak memilih. Hahaha, ada pula camtu kan?

Boleh tahan kualitinya eyriqazz tengok. First impression, harganyapun agak berpatutan. Jauh lebih murah jika dibanding dengan membeli di Pasaraya terkemuka i.e AEON, ataupun Parkson.

Tempatnya luas jadi datang time weekend pun takdelah crowded sangat. Nak memilih pun senang.

Cantik baju kurung ni. Ingat nak belikan untuk Alisya tapi takdela pula size untuknya. Sekarang ni kalau nak tempah baju kurung, sah-sah tukang jahit dah tak ambil kan? Lainla kalau nak belajar sendiri, bolehla belajar melalui Panduan Menjahit Baju Kurung ini.

Konsep borong diterapkan di sini. Kalau beli banyak dapatla harga lebih murah. Sesuai bagi mereka yang nak buat bisness kecil-kecilan atau blogshop. Sini antara tempatnya. Pelbagai pilihan, harga pun boleh tahan berpatutan.

Dari satu kedai , ke satu kedai isteri mencari baju bertemakan Hijau untuk raya tahun ini. Follow kan ajela.

Untuk kanak-kanak pun banyak. Pakaian, mainan, beg, etc. Serius rambang mata.

Amcam, kacak tak saya? Kacak… Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..

Lebih kurang 2 jam lebih shopping, masih berlegar-legar di tingkat 5. Lain kali la singgah tingkat lain ya? Tahun depan ke Sayang, setuju?

Belikan topi untuk Alisya. SUka dia.

Papa, ok tak baju petak-petak ini? Azim Petak…

Huhuhu,bila nak balik ni? Tak puas lagi ke shopping? Sempatla belikan baju raya, kasut untuk Azim, etc… Baju yang wifey cari, tak jumpa yang berkenan katanya. Huhuhu, macam kasi hint suruh datang lagi je?

Goodbye Kenanga Wholesale City (KWC). Lain kali kami singgah lagi…Kalau nak singgah sini, ini alamatnya :

KENANGA WHOLESALE CITY SDN. BHD.
8-01, Kompleks Kenanga Wholesale City,
No.2, Jalan Gelugor,
55200 Kuala Lumpur.
(Beroperasi dari 10 pagi – 8 malam)

Bagi yang berminat dan teringin nak belajar menjahit baju kurung tradisional, baju kurung moden, baju kurung riau/pahang, baju melayu, dan jubah bolehla pelajari nya di sini –> PanduanĀ Belajar Menjahit Pelbagai Jenis Fesyen Baju

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

38 thoughts on “Shopping Raya di Kenanga Wholesale City

Leave a Reply to eyriqazz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.