Sayangkan Anak Tangan-tangankan

Puan Juliana (bukan nama sebenar) mempunyai seorang anak yang kreatif dan suka melukis. Suatu hari, dia pulang dari tempat kerja dengan membawa pula gincu(lipstik) yang baru dibelinya yang berharga ratusan ringgit. Balik dari tempat kerja dan dengan keadaaan yang agak kepenatan, dia terus meletakkan handbagje di ruang tamu dan terus ke bilik tidur untuk berehat/tidur sebentar.

Si Anak yang kreatif tadi ternampak handbag ibunya. Dia bercadang untuk mengambil beg tersebut dan menghantarkan kepada ibunya. Ternampak lipstik baru tersebut. Disangkakan itu adalah crayon yang ibunya belikan untuknya. Gembira bukan kepalang. Naluri kreatifnya pun timbul. Puas dicari kertas namun tidak dijumpainya. Akhirnya, dinding menjadi tempat dia “melukis”.

Puan Juliana terjaga dari tidurnya. Dia pergi ke ruang tamu. Dilihatnya hampir separuh dinding diconteng oleh anaknya. Nafsu marah mula menguasai diri. Lipstik mahal dijadikan alat oleh anaknya untuk anaknya melukis. Spontan, darah menguak naik, tangan dan kaki dihentamnya ke anaknya. “Panggg”….. kaki dan tangan dihentam ke anak, dan kepala anaknya terhantuk sesuatu. Tetiba anaknya diam. Tiada suara. Tiada tangisan.

Kaget…Bergegas dia bawakan ke hospital. Anaknya koma.  Ianya sudah terlambat. Hentakan di kepala telah sampai ke otak dan doktor mengistiharkan anaknya ‘brain dead”. Doktor memberikan kata dua. Teruskan dengan bantuan mesin ataupun dicabut(erti kata lain, cabutla nyawa anaknya). Puan Juliana tidak dapat memberikan kata dua. Dia memberitahu doktor teruskan dengan bantuan mesin (koma) sambil dia memikirkan keputusan yang perlu diambilnya.

Puan Juliana pulang ke rumah… Dia melihat kembali lukisan yang dilukis anaknya . Di sebalik lukisan tersebut, anaknya sempat menulis ” I Love You Mama”. Air Matanya jatuh berjujuran .

Kredit : Kisah Benar yang dikongsikan oleh Zaid Mohamad @ Millionaires Coach! berkenaan Parenting melalui Talknya di Ofis Eyriqazz tengah hari tadi

P.s : Sayangkan anak tangan-tangankan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Sayangkan Anak Tangan-tangankan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.