Samsung Galaxy S4 Gadget Idaman

Saya berkesempatan untuk review Samsung Galaxy S4 selama seminggu. Dalam tempoh yang pendek tersebut, ianya cukup buat saya teruja dan tidak hairan lah ianya menjadi gadget idaman ramai. Secara peribadi, antara feature, kelebihan dan ciri-ciri menarik, praktikal dan sesuai dengan lifestyle saya antaranya :

Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 97
1) Design yang Menarik – Skrin yang agak besar iaitu 5 inci dan juga agak nipis. Mudah untuk dimasukkan di dalam poket dan ianya tidak begitu berat. Kualiti gambar yang agak cantik dilengkapi dengan Full HD Super Amoled Display. Bentuknya nampak agak profesional dan bergaya, menyerlahkan personaliti.

IMG_0887

2) Kamera yang Pelbagai Guna – 13 MP  di bahagian belakang dan 2 MP di bahagian depan dengan beberapa fungsi yang rasanya tiada pada smartphone lain antaranya Dual Shot Camera (gambar boleh diambil depan belakang), Sound & Shot, Drama dan Eraser. Antara gambar-gambar menarik yang sempat diambil :

Drama Shot. Bukan gambar super impose ataupun menggunakan Kaedah Pengklonan. Siap Alisya tanya, Papa, kenapa Papa ada dua? Ada pula anak rakan sekerja bertanya, Uncle, itu kembar Uncle ke? Hihihi, inilah keunikan feature kamera dari Samsung Galaxy S4.

20130629_175350

Dual Shot. Gambar diambil depan belakang. Bolehla memorikan gambar bersama Insan tersayang dan diselitkan sekali gambar sendiri.

20130630_175655

Beauty Face. Kamera akan fokuskan kepada bahagian gambar dan nampak gambar muka lebih jelas walaupun diambil dari jauh. Gambar yang kurang fotogenik pun nampak lebih cantik.

20130629_181640_Richtone(HDR)
Rich Tone (HDR). Kualiti gambar lebih jelas dan cantik. Amat sesuai bagi eyriqazz yang selalu travel, menghadiri event dan kadang-kadang terlupa untuk bawa kamera. Fungsi kamera di S4 , kualiti gambarnya setanding dengan kualiti gambar menggunakan digital kamera yang lain.

20130630_182619_Richtone(HDR)Happy Moments bersama Samsung S4

IMG_0881
3) Mudah Digunakan/Praktikal – Sayani bukannya seorang yang “Smartphone savvy”. Tapi gadget ini mudah digunakan walaupun tanpa menggunakan manual. Anak eyriqazz sendiri yang berusia 4 tahun mampu menggunakan gadget ini tanpa bantuan dari saya dan berjaya “try and error” beberapa feature i.e. mencari gambar yang diambil dengan sendiri. Yup, apabila ianya dikongsi, ianya lebih menggembirakan, kan?

Antara Featured lain yang menarik Samsung S4 ini antaranya gambar yang lebih cantik dengan high resolution, S Translator (mudah translatekan i.e. ketika pergi bercuti di luar negara untuk both text/voice translation), Smart Scroll (Screen detect pergerakan mata kita apabila membaca, Cool) , Air View/Air Gesture, dan pelbagai lagi. Lebih lanjut bolehla tengok Video INI.

Action speak louder than word, gadget ini menjadi idaman dan dipilih untuk diberikan kepada Insan tersayang :
5  Mobile Uploads

Kiho Yoon , rakan saya ketika belajar di UK yang berasal dari Korea dan kini bekerja di Malaysia menghadiahkan Samsung S4 buat Isterinya. Tentu gembira hati Si Isteri dihadiahkan gadget impian ramai ini.

Juga, komen dari salah seorang pembaca di entri sebelum INI :

Samsung Galaxy S4 memang terbaik… macam-macam aplikasi ada.. Termasuk sensor mata… Movie yang sedang kita tengok boleh Pause secara automatik sekiranya kita tidak menonton video tersebut…

P/s: Baru hadihkan sebuah Samsung S4 kepada isteri sempena mengandung anak ke 3… ;) – Anuar

Overall, walaupun berkesempatan menggunakan Samsung Galaxy S4 ini selama seminggu, ianya cukup mengujakan dan cukup membuatkan Isteri menjeling. Ehem ,ehem, Papa taknak belikan untuk hadiah birthday sayang ke?

20130630_181451_Richtone(HDR)
Atok Alisya : Azim, tengok tu, ada burung….
Isteri : Papa, my wish list tau Samsung S4 ini…..

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

32 thoughts on “Samsung Galaxy S4 Gadget Idaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.