Pengalaman Shopping Online di Tesco Malaysia

Boleh dikatakan seminggu sekali, kami akan keluar shopping untuk beli barang dapur. Kalau time gaji time paling banyak shopping. Timeni shopping complex pun ramai orang. Nak memilih pun kurang selesa. Dah penuh memilih, queue panjang pula. Really spoilt the mood kalau terlalu banyak masa yang perlu diluangkan untuk shopping barang dapur (grocery shopping) dan sebagainya.

Kenapa kat Malaysia ni tak ada ada yang menyediakan perkhidmatan Online Shopping ya? Kan mudah, surfing internet, pilih mana yang berkenan, dan barangan di hantar. Especially zaman sekarang ni bila both suami isteri bekerja. For the past few years, i keep asking this question.

Pucuk dicita, ulam mendatang. Tesco Malaysia kini tampil dengan servis “Online Shopping” bagi memudahkan pengguna membeli belah pelbagai barangan dapur, kelengkapan rumah, dan pelbagai lagi. Kini boleh Online shopping bersama Tesco Malaysia dengan melayari laman web http://eshop.tesco.com.my/

First Impression. Website nampak user friendly dengan pilihan warna yang menarik. Putih dan biru, macam blog Eyriqazz.com juga. Kemas dan sekali pandang, terus nampak apa yang diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan “Online Shopping” ini .

 

5 langkah mudah untuk Online Shopping bersama Tesco Malaysia iaitu Register/Start Shopping, Pilih Waktu Delivery yang sesuai, Payment Method, Receive your shopping, dan Buat Pembayaran. Cool, nampak mudah dan senang. Boleh juga semak kawasan yang menyediakan perkhidmatan Online Shopping Service ini.

 

Terus saya registerkan. Bolehla mencuba camni kan? Belum cuba, belum tahu, sudah cuba, nilaikan sendiri. Inilah pengalaman shopping online di Tesco Malaysia untuk dikongsi bersama pembaca .

 Registration mengambil masa tak sampai 10 minit dan terus boleh online shopping. Pelbagai pilihan barangan boleh dibeli di Tesco Online ini antaranya barangan dapur (Grocery Online), fresh food, chilled & frozen, barangan bayi, health and beauty, household, dan pelbagai lagi.

Sedikit info berkenaan Shopping di Tesco Online ini :
1) Produk akan dipilih oleh pekerja yang terlatih bagi menjamin kesegaran barangan buat pelanggan (Products are picked by trained store staff to guarantee freshness for customers)
2) Harga sama seperti di Store, termasukla produk/harga promosi. Yeyy, tak perlula nak beratur panjang kan?
3) Boleh kumpulkan ClubCard Points, sama seperti di Store
4) Pelbagai pilihan barangan
5) Pilih dan Barangan akan dihantar ke pintu rumah (DoorStep Delivery)

Antara barang yang dibeli. Susu Anmum Essential untuk Azim , anak bongsu eyriqazz. Isteri kata, harganya agak berpatutan, harga promosi. Normally RM80+. Hihihih, jimat masa. Tetap boleh beli dengan harga yang sama .

Antara produk lain yang dibeli oleh eyriqazz antaranya Fresh Milk, Corn Flakes (nak buat biskut raya), gula, dan yogurt. Tengok harga, sama dengan di Store. Tak perlu nak pusing mencari dan beratur panjang lagi. Masa dapat dijimatkan. Tenaga pun dapat dijimatkan especially macam saya yang tinggal di kondominium. Tak perlu nak mengangkat banyak beg shopping. Hehehe…

Waktu penghantaran boleh dipilih. Mudahla especially bagi yang both bekerja. Boleh pilih waktu yang sesuai. Charge Rm10 dikenakan dan ianya akan memaparkan waktu yang available untuk barangan dihantar. Macam saya, pilih waktu weekend.

Review, check payment, dan confirmkan order. Pembayaran boleh dibuat ketika barangan dihantar melalui Card (Visa/MasterCard). Jadi tak perlu nak risau bila order , dah bayar, barang tak sampai kan?  Eyriqazz cuba order hari Sabtu malam, untuk penghantaran around 10pagi-12 tengah hari keesokan harinya , Ahad 21 July 2013.

Ting Tong. Lebih kurang pukul 1045 pagi, seperti dijanjikan, delivery guy sampai membawa barang yang diorder melalui Online. Sudah siap letak dalam plastik. Confirmkan order. Delivery guy yang sampai ni agak mesra pelanggan. Senyuman menguntum dan senang berurusan. Almaklumla, first time shopping barang dapur melalui online. Kenalah pastikan betul-betul kan?. Lepas tu, buat pembayaran melalui kad, sign dan complete transaction.

Barangan yang dihantar sampai seperti dijanjikan. Susu yang dihantar masih lagi sejuk. Produk lain pun “Indah Khabar, Indah Rupa”. Itu yang saya order, itu yang saya dapat.

Jeng, Jeng, Jeng. Sampai . Senang hati. Masa dapat dijimatkan. Tenaga dapat dijimatkan. Barang sampai seperti dijanjikan. Rm10 delivery charge tu apalah sangat jika dibandingkan dengan kos lain i.e. minyak kereta, tol, masa, dan sebagainya. Yang ni, produk terus sampai ke rumah . Tak perlu beratur, tak perlu nak pergi dari satu tempat ke satu tempat memilih barangan.

Produk yang sampai seperti dijanjikan. Puas hati, gembira hati, senyum nampak gigi.Lepas ni, bolehla shopping lagi. Tak gitu?

Berita gembira buat pembaca blog Eyriqazz.com. Rebate RM10 akan diberikan untuk shopping di Tesco Online ( http://eshop.tesco.com.my/ ) untuk pembelian RM50 ke atas. Apabila shopping di Tesco Online, bolehla masukkan Code ini : CHTP101M

Pengalaman Shopping Online di Tesco Malaysia
Lebih mudah dan lebih selesa
Barangan dihantar di depan pintu menjimatkan masa
Perkhidmatan menarik , langkah bijak menguntungkan pengguna

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

64 thoughts on “Pengalaman Shopping Online di Tesco Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.