Eyriqazz.com

Great Teacher Onizuka

  • Home
  • Contact Me
    • Achievement
  • Family
    • Alisya
    • Azim
  • Food
    • Restaurant Review
  • Travel
    • Travel
    • Hotel Review
    • Cari Hotel Murah
    • homestay review
    • Tempahan Airbnb
  • Informasi
    • contest
    • event
    • gadget review
    • kereta
  • Tips
    • Tips Blogging
    • tips kewangan
    • tips pelaburan hartanah
  • Pengiklanan
  • Archives

MyDulang Old Town White Cafe – Juadah Istimewa Berbuka Puasa

8 July 2013 by eyriqazz 18 Comments

Berkesempatan dan dijemput oleh Old Town White Cafe untuk preview menu istimewa mereka sempena ramadhan/berbuka puasa nanti iaitu MyDulang. Konsep makananan yang menggunakan dulang kayu dengan koleksi makanan yang disesuaikan dengan citarasa melayu sempena bulan ramadhan yang bakal menjelma.

Set Dulang Rendang Daging. Dua pilihan set boleh didapati untuk menu MyDulang ini iaiti set dulang rendang daging dan juga set rendang ayam.

Keropok lekor, acar, daging rendang, dan sate turut menghiasi. Nyam-nyam, nampak menyelerakan. Tapi, adakah Indah khabar, Indah rupa?

Set rendang Ayam. Menggiurkan. Bila nak makan ni?

White Coffee, antara kegemaran saya. Set MyDulang ini akan dijual bermula 8 Julai 2013 (hari ini) sehinggalah habis ramadhan. Menu Istimewa ini hanya akan dihidangkan sepanjang bulan ramadhan.

Set Dulang Individu yang berharga RM16.90 sempat saya cuba dan merasa sendiri.

First impression mencuba, memang sedap. Nasinya yang kena dengan selera, ayamnya yang lembut beserta sate dan keropok lekor membangkitkan lagi selera.

Miss Sunshine, nampak excited mengambil gambar dan mencuba. Habis licin nampak Miss SUnshine pekena makanan yang dihidangkan. Nampak je slim, berselera nampak makan hidangan yang disediakan.

Set Individu berharga RM16.90. Set nasi kunyit beserta rendang ayam atau daging, keropok lekor, sate, dan 3 pilihan air yang boleh dipilih antaranya air sirap selasih, white coffee ataupun teh tarik dan ABC. Kalau tak cukup, boleh tambah hidangan Ala Carte dengan harga yang agak berpatutan.

Set Family Dulang berharga RM39.90 sesuai untuk 3-4 orang makan. Boleh Add On kan untuk anak-anak kecil.

Penerangan dari Big Boss Old Town White Cafe. Banyak persoalan selama ini dijawab i.e. berkenaan Status Halal Restoran iaitu yang mereka baru saja mendapat Status Halal dari JAKIM untuk menghidangkan menu MyDulang di Old Town White Cafe bermula 8 July 2013.

Jemput makan. Jangan malu-malu. Old Town juga akan turut memberikan bacuar Rm5 secara percuma dengan setiap pesanan MyDulang dan pelanggan akan menerima sampul Duit Raya OLDTOWN ekslusif sekiranya berbelanja Rm20+ ke atas dalam satu resit bermula 1 July sehingga 31 July 2013. Sound good rite?

ABC nya memang voila dengan pilihan gula melaka or sirap. Saya suka yang gula melaka, memang sejuk dan holla. Cubalah rasa dan berbuka nanti, saya rasa anda pasti menyukainya

Owhh ya, kalau nak booking berbuka puasa di Old Town White Cafe, boleh buat booking di restoran tersebut disarankan di waktu pagi ataupun 2-3 hari sebelumnya jika dibimbangi tempat penuh dengan sedikit deposit diperlukan.

MyDulang di Old Town White Cafe sempena ramadhan
Juadah menarik dan menyelerakan
Cuba sekali terus tertawan
Sesuai untuk berbuka bersama keluarga dan rakan-rakan

Selain itu, boleh juga mencuba buffet/berbuka di sini untuk tahun 2014 ini:

1) Buffet Ramadhan Casa Ombak

 

 
Tweet

Anda mungkin menggemari artikel berikut


  1. Juadah Berbuka Puasa 2013
  2. Juadah Berbuka Puasa dari Bazaar Ramadhan Danau Kota
  3. Majlis Berbuka Puasa Bersama Universal Music/Ana Raffali di Shazana Pau Shop & Cafe, Kampung Baru
  4. Juadah Berbuka Puasa Terakhir 2011
  5. Juadah Berbuka Puasa Bersama Kak Ina KL

Filed Under: advertise with eyriqazz, food, restaurant review Tagged With: berbuka puasa, Food blogger, food blogger melayu, juadah berbuka 2013, juadah berbuka puasa, mydulang, old town white coffee, review makanan

Comments

  1. daydeck86 says

    8 July 2013 at 1:41 pm

    nampak cam sodap jo….
    daydeck86 recently posted…Niat Puasa Dan Doa Berbuka PuasaMy Profile

    Reply
    • eyriqazz says

      8 July 2013 at 10:48 pm

      Boleh tahan juga bro..Bolehla belanja kitorang nanti…Hik3
      eyriqazz recently posted…Cemburu dengan Muka Blog Baru DenaihatiMy Profile

      Reply
  2. papa mifz says

    8 July 2013 at 1:43 pm

    lepas nih boleh lah cuba berbuka puasa di Old Town White Cafe pulak…
    papa mifz recently posted…Sejuknya Snow Walk i-CityMy Profile

    Reply
    • eyriqazz says

      8 July 2013 at 11:19 pm

      Bolehla mencuba bro…
      eyriqazz recently posted…Cemburu dengan Muka Blog Baru DenaihatiMy Profile

      Reply
  3. Anuar says

    8 July 2013 at 1:55 pm

    Bila tengok Sate yang rasa tak tertahan tu… 😉
    Anuar recently posted…Ramai Pelabur Emas Mengalami Kerugian Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 2013My Profile

    Reply
    • eyriqazz says

      8 July 2013 at 11:26 pm

      Nanti belanja saya sekali ya bro
      eyriqazz recently posted…Cemburu dengan Muka Blog Baru DenaihatiMy Profile

      Reply
  4. suriaamanda says

    8 July 2013 at 2:12 pm

    waaaa….sedapnya…nampak menarik dan klasik la..lain dari yang lain…

    Reply
    • eyriqazz says

      8 July 2013 at 11:27 pm

      Indeed…
      eyriqazz recently posted…Cemburu dengan Muka Blog Baru DenaihatiMy Profile

      Reply
  5. diana says

    8 July 2013 at 3:52 pm

    banyak nye..boleh habis ke?/sesuai dengan harga nya..berbaloi..
    diana recently posted…TIDUR DAN MEREPEKMy Profile

    Reply
    • eyriqazz says

      8 July 2013 at 11:27 pm

      Boleh..lebih2 lagi time berbuka puasa…
      eyriqazz recently posted…Cemburu dengan Muka Blog Baru DenaihatiMy Profile

      Reply
  6. Ummi Hanie says

    8 July 2013 at 4:09 pm

    baru baca kat blog kelly last week…

    seriously tak pernah jejak ke Old Town 😉
    Ummi Hanie recently posted…Kek Coklat Lembap ‘Ajaib’My Profile

    Reply
    • eyriqazz says

      8 July 2013 at 11:27 pm

      Betulke tak pernah jejak? ANy specific reason?
      eyriqazz recently posted…Cemburu dengan Muka Blog Baru DenaihatiMy Profile

      Reply
  7. Azie says

    8 July 2013 at 4:51 pm

    Nyum Nyummm, Sedapnya. Nasi warna kuning tu memang mengancam selera.
    Azie recently posted…Ketam Masak Cili KeringMy Profile

    Reply
    • eyriqazz says

      8 July 2013 at 11:26 pm

      Nasi kunyit namanya..pernah makan tak?
      eyriqazz recently posted…Cemburu dengan Muka Blog Baru DenaihatiMy Profile

      Reply
  8. Wanmus says

    8 July 2013 at 4:54 pm

    memang nampak menyelerakan..harga pun ok..cuma kene try dulu baru boleh komen lanjut
    Wanmus recently posted…Download atau Print Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2013 Seluruh MalaysiaMy Profile

    Reply
    • eyriqazz says

      8 July 2013 at 11:25 pm

      Belum cuba belum tahu, dah cuba baru boleh tahu kan bro?
      eyriqazz recently posted…Cemburu dengan Muka Blog Baru DenaihatiMy Profile

      Reply
  9. akubiomed says

    8 July 2013 at 11:37 pm

    Hidangan didalam dulang menarik perhatian. 🙂
    akubiomed recently posted…Majlis kesyukuran anak buah genap setahunMy Profile

    Reply
  10. Hafizul says

    9 July 2013 at 10:20 am

    Wahhh kemas susunannya..ehh mcm muka anarm je tu..haha
    Hafizul recently posted…Review Blog Denaihati Versi Laju-LajuMy Profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Eyriqazz di Facebook

Artikel Terkini

  • Apa Itu MRTA/MRTT
  • Anak Muda Perlu Tahu 5C Ini Supaya Pembiayaan Perumahan Senang Lulus
  • Apa Effect Base Rate Naik?
  • Pengalaman dengan Pemandu Grab
  • Analisa Kewangan Bisnes Owner (AKBO) 2017
  • Pengalaman Bekam Darah di Pusat Bekam An-Nusrah, Wangsa Maju
  • Kenapa Susah Nak Kurus?

Copyright © 2018 · Eyriqazz Dot Com on Genesis Framework · WordPress · Log in