Majlis Birthday Alisya dan Azim 2013

Bulan lepas, sempat buat majlis ringkas sempena Birthday ALisya dan Azim. Birthday Alisya jatuh pada 22 June dan Azim pada 6 April 2013. Jadi combinekan majlis birthday untuk mereka.

Ole-ole untuk kanak-kanak yang datang. Juga untuk dibawa untuk celebrate bersama rakan-rakan ALisya di Pre-School, CIC.

Let’s Party. Tema Mickey dan Minnie tahun ini.

Decoration etc semua idea Isteri. Beruntung dapat seorang Isteri yang kreatif. Dulu, kelas eyriqazz selalu menang kelas tercantik pun , Isteri antara yang banyak menyumbangkan idea dan tenaga.

Rumahku, Syurgaku. Kegembiraan anak-anak bermula dari rumah kan?

Kek Birthday Alisya dan Azim. Order denganΒ Mya Zara, sedap dan cantik. Puas hati. Met our expectation.

Thanks buat Adikku yang bertungkus lumus masak Nasi Ayam. Memang sedap. Ramai yang datang siap tambah 2-3 kali.

Happy Birthday Anak-Anakku yang Comel dan semakin aktif.

Tahun ni, Alisya dah tak nangis potong kek. Azim je yang nangis kan Papa? Amboi, kalau turn orang, seronok je ya?

Ala kadar, sempat jemput rakan-rakan yang rapat. Nak jemput ramai-ramai,takut tak muat pula.

Papa Hot enjoy nampak menikmati Kek. Terkenang Arwah Je Jai, setiap kali dia jumpa anak eyriqazz, mesti dia akan tegur dan cuba menyakat.

Jemput makan, jangan malu-malu. Alhamdulillah, Majlis berjalan lancar.

Terimakasih semua yang datang dan sudi belikan hadiah buat Alisya dan Azim. In Shaa Allah, tahun depan buat majlis ni lagi.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

18 thoughts on “Majlis Birthday Alisya dan Azim 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.