Kisah di Bazaar Ramadhan

Akak, berapa harga sotong ni….
Akak : 3 ketul Rm5 ringgit…
(Pass…dahla kecik,3 ketul rm5 ringgit?)

Abang, rm2 boleh beli lauk daging ni?
Abang : Boleh dik, tapi sikitla..Cukupke…
Cukup…sorang makan je..just nak rasa …
(Banyaknya RM2 dia kasi…cukup 2 orang makan)

(2 scenario yang berbeza di Bazar Ramadhan semalam….)

Saya sangat bersetuju dengan Statement AriffShah seperti di entri Pasar Ramadhan :

” Lebih-lebih lagi di Lembah Klang dan bandar-bandar besar yang sewaktu dengannya, makanan yang dijual di pasar Ramadhan adalah sangat tidak memuaskan hati.”

” Kebanyakan yang menjual di pasar Ramadhan ni adalah orang yang memang nak buat duit cepat. Itu sebab harga makanan yang dijual tidak berpatutan.”

Sudah lebih dari 5 tahun menetap di Kuala Lumpur, rasanya the only Bazaar Ramadhan yang menepati citarasa dari segi kualiti dan harga adalah Bazar Ramadhan Taman Melawati. Tapi tahun ini lokasi tu sudah tiada bazaar ramadhan, ada construction. So tak tahu pindah mana. The rest, boleh dikatakan lebih dari 50% makanan yang dijual hanyalah “Indah Khabar dari rupa”. Beberapa kali pernah terkena beli di Bazaar Ramadhan yang lauknya basi, keras, sangat tak sedap, airnya tak masak, cirit birit, dan pelbagai lagi”.

Sepatutnya pihak DBKL or Pihak yang memberikan tender Tapak Pasar Malam ini buat food testing terlebih dahulu. Kalau ok, barula masuk dalam finalist untuk dishortlistedkan. Kalau tak cukup staff, ramaije bloggers yang boleh jadi “Food Testers Sambilan” dengan harga yang berpatutan i.e. Food Blogger Melayu Popular ini  . Pernah juga dengar cerita, yang lesen tapak bazaar ramadhan ada yang dijual bawah table. Dapat jualkan kepada orang lain. Saya percaya kerana sesetengah bazaar ramadhan nampak ramai je warga asing yang turut berniaga sama. Fikir nak untung cepat, yang kena, pengguna macam kami la yang both bekerja yang tidak berkesempatan untuk memasak sendiri juadah berbuka puasa.

Last but not least, satu pantun buat Pihak Berkuasa yang memberikan tapak bazaar Ramadhan :

Bukan Pilih Kasih yang kami mahukan
Peniaga Bidan Terjun Jauh Sekali
Buatla Tapisan untuk dapatkan Kelulusan
Membeli Juadah lebih mengembirakan Hati

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

27 thoughts on “Kisah di Bazaar Ramadhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.