Kedai Happy Pad Wangsa Walk Menipu?

Sedih bila membaca entri rakan blogger ditipu oleh Happy PAD ketika membeli PAD untuk anak-anaknya. Sudahla duit itu duit penat lelah anak-anak berlakon, dapat pula produk yang tidak seperti dijanjikan. Baru pakai beberapa hari, macam-macam yang rosak. Walaupun tiada warranty, takkanla tak sampai beberapa hari terus rosak? Bila rosak ,kena ganti itu dan ini. Lepas ganti, rosak lagi dan lagi. – Kredit gambar di SINI

Macam-macam alasan yang cuba diberikan dan suruh tambah lagi. Kalau camni, better beli IPAD terus kan kalau kos baiki kerosakan dah nak sama harga dengan PAD itu sendiri?. Rakan blogger ini minta pandangan Eyriqazz dan rakan-rakan. Apa lagi, for me, Customer has a right. Adukan kepada pihak yang sepatutnya i.e. KPDN, National Consumer Complaint Centre, dan etc. Updatekan blog sekali. Biar setiap kali orang search “Happy PAD Wangsa Walk“, jumpa feedback sebegini yang menipu pengguna.

Buat semua, kalau membeli gadget/IT, sebolehnya pergi kedai yang reliable. Cuba dapatkan feedback rakan-rakan sebelum membeli seeloknya. Zaman sekarang bermacam-macam jenis manusia penipu yang timbul. Kedai yang just fikir untung tanpa memikirkan pelanggan pun berlambak-lambak. Dah bermacam-macam pengalaman pernah kena dan setiap kali ditipu, eyriqazz pun mengambil langkah sama. Sebut saja, antaranya “Agensi Pelancongan Pakej, Broadband, Perkhidmatan Internet, Perkhidmatan Pelanggan, dan sebagainya”. Sampai ada rakan ofis yang cop eyriqazz “kaki komplen”. Umm, for me, kalau komplen bertempat dan kena caranya tak salah kan? Dari malu-malu pastu bising kena tipu sana sini. Use the right channel.

Buat rakan-rakan yang singgah ke Wangsa Walk, hati-hati dengan Happy Pad ini. Jangan pula, pisang berbuah dua kali.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Kedai Happy Pad Wangsa Walk Menipu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.