Happy Birthday Isteriku

 

Hari ini, 17 Julai 2013, birthday Isteri tersayangku. Birthdaynya yang ke-25, sama usia kami (hihihi). Terimakasih sayang kerana menjadi Seorang Isteri dan Ibu yang Penyayang kepada anak-anak kami. Terimakasih kerana bersabar dan boleh menerima segala kekurangan insan yang bergelar Eyriqazz di alam maya.

Ranjau dan duri dalam hidup berumahtangga diharungi bersama. Ternyata Isteri lebih bersabar dan sentiasa memberikan yang terbaik buat kami. Jasamu Isteri tidakkan mampu ku balas dan kutandingi. Bebelanmu walaupun ‘menyakitkan telinga’ namun kenalah ku tempuhi ke arah yang lebih positif.

Maaf, tahun ini tiada hadiah istimewa mampu kuberikan. Menjelang raya, bajet lari pula. In Shaa Allah, akan di postponekan jika ada rezeki nanti.

Huggies Dry Pants review 25Anak yang Comel, hadiah yang terbaik yang di kau berikan. Membesar aktif dan sihat, terimakasih ku ucapkan.

Happy Birthday Buat Isteri
Isteri tersayang sudah semesti
Senyuman Manis terukir di hati
Terima kasih kurasa bertuah sekali

Jus Poligami boleh dicari
Isteri “terbaik” susah sekali
Semoga Allah Murahkan Rezeki
Kesihatan dan Sentiasa gembira doaku buat Isteri

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

35 thoughts on “Happy Birthday Isteriku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.