Demi Sesuap Nasi

Kadang-kadang Mood kita down. Rasa duit sentiasa tak cukup. Gaji masuk, pelbagai hutang yang perlu diselesaikan. Loan rumah, Loan kereta, personal loan, Astro, bil air, bil api, maintenance fees, PTPTN, dan pelbagai lagi. Kenapa gaji tak cukup untuk lebih selesa? Perjalanan Rat Race memang sukar diduga. Bila masalah kewangan melanda, kadang-kadang, emosi diluahkan dengan cara yang tidak betul.

Namun, bersyukurla dengan apa yang kita ada. Kalau kita merasakan kesusahan, ramai lagi yang lebih susah i.e. :

Pengumpul barangan terpakai . Mencari tin-tin kosong dan barangan terpakai untuk dijual. Demi sesuap nasi. Mungkin nak menyara anak-anak dan Isteri. Siapa yang tahu? Gambar diambil sehari sebelum berpuasa, lebih kurang lepas maghrib. Mencari rezeki. Ya, dia lagi susah dari saya.

Hidup ini memang ada pancarobanya. Jika ada rezeki lebih, hidupkan untuk memberi i.e. dengan melakukan Ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja. Lebih-lebih lagi di bulan ramadan yang mulia ini. Daging adalah satu makanan “luxury” bagi masyarakat Islam kemboja di sana. Tidak seperti di Malaysia, buffet ramadhan sentiasa menghiasi dan pelbagai juadah menyelerakan yang menjadi pilihan. In Shaa Allah, berkat hidupkan untuk memberi, dimurahkan rezeki .

Bulan ini begitu mencabar bagi diri sendiri. Tidak pernah sejak beberapa tahun merasakan sebegini. Mungkin dugaan dari Illahi..

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

24 thoughts on “Demi Sesuap Nasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.