Cemburu dengan Muka Blog Baru Denaihati

Serius cemburu dengan Muka Blog Baru Denaihati.Com . First impression singgah sangkakan sudah terlajak ke blog Amanz.My or Rotikaya.com, rupa-rupanya, template blog Denaihati bertukar wajah ke arah yang lebih positif. Review eyriqazz/pandangan peribadi berkenaan muka baru ini :

1) Blog Lebih Kemas dan Nampak Profesional
– Template blog nampak lebih kemas dan profesional. Sejuk mata memandang dan first impression, terus “Wow”. Nampak satu kelainan yang sukar di cari di lain-lain blog di Malaysia.

2) Font lebih besar
– Font lebih besar, lebih senang membaca. Ruangan komen juga lebih besar. Gambar pun lebih besar menjadikan lebih selesa memandang. Ruangan komen juga sudah dipersonalize untuk menunjukkan berapa jumlah komen setiap entri jika di klik entri tersebut terus.

3) Ruang gambar yang lebih berseri
– Part ini yang paling saya cemburu. Gambar yang boleh terus discrollkan ke kiri dan kanan, jadi tidak perlu nak meletakkan terlalu banyak gambar dan scroll ke bawah untuk melihat kesemua gambar. Part ini rasanya mampu dan boleh memberikan lebih daya penarik untuk menarik Advertiser dan juga pengunjung yang datang.

4) Loading lebih cepat dan pantas
– Part ni saya perasan kalau menggunakan laptop di rumah yang sudah semakin hampir usianya. Kalau sebelum ini, agak perlahan, sekarang nampak lebih cepat loadingnya. Lebih cepat loading, tidakla rasa teruja untuk Klik X cepat-cepat.

5)Insentif baru turut diperkenalkan
– Konsep win-win situation diterapkan untuk Kedai Denaihati ( http://kedai.denaihati.my/ ) yang rasanya baru dilancarkan yang memberikan peluang untuk Joint Venture memasarkan produk digital dan juga produk fizikal. Dengan jumlah visitors yang berpuluh-puluh ribu sehari, semestinya ianya suatu platform yang menarik untuk digrab oleh Blogshop dan Peniaga Online/Offline di luar sana. Pasal harga, bolehla refer dengan Team Denaihati. Perancangan Denaihati memang sukar dijangkau , thinking outside the box dan ke hadapan diterapkan.

6) Footer yang menarik
– Jenama bersama Denaihati di ruangan footer mampu memberikan daya penarik especially buat potential advertiser. Dengan pengalaman bekerjasama dengan banyak advertiser terkemuka di dalam dan luar Malaysia, semestinya ianya lebih mudah untuk “catch the eye of advertiser”. Really tempting untuk meniru. Hahahaha….

7) Lebih pantas dan user friendly menggunakan mobile/smartphone
– Try surf menggunakan Iphone 5 dan IPAD, nampak loading lebih laju dan senang untuk surf. Ramai pengguna kini menggunakan smartphone untuk surf internet, jadi apabila ianya lebih memudahkan sudah pasti pembaca lebih selesa untuk singgah lebih kerap dan lebih lama.

8) Secara peribadi, saya menyukai template baru ini. Kalau sebelum ini, mungkin banyak constructive or komen untuk perbaiki template blog denaihati ini, namun kali ini tak banyak rasanya yang boleh saya komen or tambah lagi. Kalau ada pun mungkin dari segi first time tak jumpa kat mana ruangan tweet/facebook/google share etc, rupanya sudah diletak cantik di sebelah sidebar. Cool…

Saya Cemburu Dengan Muka Baru Blog Denaihati
Nampak kemas dan berseri-seri
Nak kumpul duit untuk kemaskini muka baru blog sendiri
Ke arah yang lebih positif sudah semesti

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

24 thoughts on “Cemburu dengan Muka Blog Baru Denaihati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.