Burger Bakar Abang Burn – Pengalaman Pertama

Sedapke Burger Bakar Abang Burn?. Semakin teruja untuk mencuba selepas ramai bloggers Popular Malaysia mempromosikan Burger Bakar Abang Burn ini. Kata orang nak tahu sedap or tidak, kenalah cuba sendiri kan? Jadi semalam, around pukul 10 malam lebih, pergila singgah di salah satu Jajahan/Cawangannya iaitu di Danau Kota. Susah betul nak dapat parking. Last-last parking depan masjid, bayar RM3. Boleh bersahur sekali. Bisnes Burger, memang menjadi pilihan ramai Usahawan Melayu.

Saya Order Supremo Special Beef yang berharga RM12.50 satu. Ada tambahan Salami dan Cheese. First impression, nampak agak menggiurkan. Oh ya, beli satu je , kongsi dengan Isteri. Takut tak habis, membazir pula kan? Lagipun add on yang lain juga.

Tambah Beef Meat Ball + Cheesy Wedges. Cheesy Wedges nya memang sedap dan lazat. Beef Meat Ball dia, for me biasa-biasa saje rasanya. Saya lagi prefer IKEA Meatball in term of rasa.

– ->ย Panduan Jana 5 Angka Sebulan dengan Bisnes Burger

Jemput makan. Jangan malu-malu. Elok time ni baru lepas beli barang dapur. Anak-anak tidur, so senangla sikit nak makan.

Ngap. Makan… Feedback eyriqazz, boleh tahan juga. Rasa Burger bakarnya tak jauh berbeza dengan burger bakar lain yang pernah saya makan. Cuma saya suka presentationnya dan sizenya yang tidak terlalu besar. Ni pun makan dua orang nak habiskan. Rating boleh saya berikan 7.5/10. Tertunailah hasrat di hati. Maybe 2-3 bulan lagi boleh singgah lagi pekena Burger Bakar Abang Burn ni.

Isteri memang hantu Cheesy Wedges. Memang sedap cheesy wedges kata Isteri.

Mula-mula datang ingat nak order burger Al-Lazat. Tapi bila cakap burger ni adalah AYam Percik Bakar, rasa macam pelik pula makan burger dengan ayam percik. So, tukar menu. Next time boleh cuba kot. Menu ni staff dia cakap hanya available waktu bulan puasa.

Pujian patut diberikan kepada staffnya. Semuanya agak peramah dalam menerangkan tentang burger yang available. Apa yang orang selalu order, apa yang direkomenkan dan apa yang dirasakan paling sesuai untuk kami.First time datang, ย rasa welcoming. Saya berikan rating 9/10 untuk layanan dan kemesraan staff melayan pelanggan.

Tempat pun santai. Red Chair nama diberi. Memang semua kerusi warna merah. Agak-agak Mak Merah pun ada share di sini kot?. Lepas ni bolehla tambah dekorasi IKEA untuk raya pula maybe?

Jumlah bersih. Takde service charge dan tax. Bagus-bagus. Jajahan Danau Kota yang saya pergi. Nampak macam di website takde diupdatekan Jajahan ini. Overall experience, boleh tahan. Tertunai hasrat di hati.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Burger Bakar Abang Burn – Pengalaman Pertama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.