Bidadari.My – Majalah Online Untuk Wanita


Bidadari.My nama diberi
Sungguh cantik menarik sekali
Pelbagai Informasi berkenaan wanita dan keluarga dikongsi
Jom terjah review eyriqazz kali ini

Inilah review dari eyriqazz berkenaan blog/laman Bidadari.My ini :

1) First Impression
– Impress dengan template blog yang kemas. Nama blogpun agak menarik dan catchy. Senang disebut, senang dieja, senang diingat. Susunan widget agak kemas, loading pun agak pantas. “Laman Web untuk Ibu-Ibu? . Umm, apa salahnya Bapa pun ingin membaca sekali kan? Boleh tambahkan ilmu dalam memahami tentang Ibu/Isteri.

2) Tagline Laman Web  – Berkongsi Tips Kecantikan, Tips Kehamilan, Tips Ibu dan Anak, Tips Diet Sihat
– Pemilihan niche yang menarik yang fokuskan kepada kaum Ibu/Wanita. Ramai pembaca blog/online adalah wanita. Blog saya sendiri, most pembaca adalah kaum wanita yang terdiri dari Ibu-Ibu dan juga wanita single.

 

3) Informasi Menarik Dikongsikan
– Pelbagai Informasi Menarik dikongsikan antaranya Kehamilan, Perhubungan,Rahsia Perkahwinan, Didik Anak, Diet Sihat, dan Telatah. Rasanya ramai yang agak tertarik dengan topik-topik di atas. Eyriqazz sendiri, walaupun seorang bapa, agak tertarik dengan Rahsia Perkahwinan dan Didik Anak.

4) Entri Menarik
– Antara tajuk menarik yang menarik perhatian saya antaranya ” Peranan Suami Ketika Isteri Hamil, Pertengkaran – Ketahui Punca Masalah Sebenar , dan Didik Anak – Desakan Itu Penting Untuk Anak Cemerlang. Banyak lagi entri menarik turut dikongsikan di laman web ini.

5) Tentang Bidadari.My
“Bidadari.my adalah majalah online untuk wanita. Kami berharap dapat berkongsi ilmu yang berkualiti mengenai wanita, keluarga, hubungan, tips kecantikan dengan pembaca sekalian. InsyaAllah, misi kami adalah menjadi majalah online rujukan utama untuk Wanita.”. Suatu Misi yang jelas, jadi pembaca pun mudah nampak apakah yang bakal dikongsikan dan ditulis di laman blog/web ini.

6) Kekurangan Laman Web Ini
Pandangan peribadi saya, antara kekurangan laman web ini antaranya :
– Kurang promosi/Interaksi. Followers yang agak ramai di Facebook namun apabila dilihatkan dari jumlah komen setiap entri, nampak seakan-akan kurang interaksi atas tajuk dan kupasan yang diusulkan. More Comments, nampak lebih banyak interaksi dan nampak lebih teruja untuk mengomen sama.
–  Tentang penulis. First impression, tertanya-tanya adakah laman web ini dari pelbagai penulis? Siapakah yang behind the scene? Tiada gambar penulis etc bagi lebih meyakinkan. Nampak entri ada yang ditulis oleh Bidadari dan Helmi Ruza. Siapakah Bidadari? Siapakah Helmi Ruza? Kalau ada info/gambar tentang penulis, rasanya pembaca akan lebih selesa.
– Ruangan Hubungi kami mungkin boleh ditambah i.e. boleh diletak e-mail address. Kadang-kadang ada pengguna yang lebih selesa menghantarkan e-mail dari terus menulis di ruangan yang disediakan.

7) Cadangan
Antara cadangan peribadi saya antaranya :
– Anjurkan Contest. Menarik lebih ramai pembaca baru disamping memperkenalkan laman web ini kepada kaum-kaum ibu dan “bapa” juga maybe?
– Lebihkan Gambar di entri. Most entri yang saya baca, hanya satu gambar diletakkan. Di bulan Puasa ini especially, agak mengantuk bila membaca too wordy.
– Penulis Jemputan – Maybe boleh jemput penulis jemputan dari “Mama dan Papa Bloggers” yang berpengaruh di luar sana i.e. Kak Jie, Yanmie, Redmummy, AbangEnsem, Denaihati, Shakiddo, Eyriqazz (ehh, ehh,siapa ni) , MelastikAwan   dan ramai lagi. Majalah Online Wanita tentu lebih meriah dengan kehadiran penulis jemputan berpengaruh disamping dapat menarik pembaca mereka sekali untuk singgah ke Bidadari.My ini.

P.s : Apa pula pandangan anda tentang Bidadari.My ini? Komen terbaik ada hadiah yang menanti dari Eyriqazz…

Komen terbaik = Mr. Titan . Hadiah = RM10 Cash/top up. E-mailkan no. akaun ke iman1237@hotmail.com untuk claim hadiah.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

26 thoughts on “Bidadari.My – Majalah Online Untuk Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.