Berbuka Puasa di Restoran Seoul Garden

Birthday Isteri minggu lepas, belanja Isteri Berbuka Puasa di Restoran Seoul Garden, KL Festival City. Juadah buffet ala steamboat dan grill. Isteri mengidam katanya. Sayapun teringin nak mencuba especially bila baca entri Ketua Tali Barut INI.

Pilihla yang diinginkan. Ayam dan daging yang diperat nampak agak menggiurkan. Terus rembat.

Pelbagai pilihan seafood yang buat rambang mata. Udang suatu kemestian, kegemaran Alisya.

Pelbagai sayur mayur boleh dipilih.

Kalau tak cukup tambah lagi. Alang-alang dah bayar mahal, kenalah makan puas-puas kan?

Nasi Goreng dan Mee Goreng juga ada. Maybe diorang faham citarasa melayu yang tak dapat lari dengan nasi .

Sambalnya yang pelbagai dan marvellous.

Isteri sibuk memilih. Special occasion, biarla dia makan sepuas hati, kan?

Rambang mata. Tak baik tamak-tamak. Kan tak habis membazir.

Pilih lagi dan lagi.

Tempat dan environmentnya memang santai. Makan pun rasa seronok.

Saya pilih Tomyam untuk supnya. Bakar sampai lebam. Jangan malu-malu.

Papa, dah masak belum ni? Dah masak. Sila angkat. Berselera Alisya makan udang bakar.

Fullhouse time ni. Walaupun mahal, tetap ramai orang. Saya perhatikan mostly golongan muda. Adakah biar Papa asal bergaya or memang kat KL ni ramai orang-orang kaya?

Sos Cili Thai nya memang sedap. Antara yang palign sedap pernah try.

Buffet Ramadhan/Dinner, RM50+ untuk dewasa (termasuk tax). Kalau kanak-kanak, RM20+. Kanak-kanak yang melebihi 90cm kalau tak silap. Macam Azim dan Alisya, tiada charge dikenakan.

Overall, memang sedap makanan di sini. Cuma harganya agak mahal bagi eyriqazz dengan pilihan yang disediakan. Kalau di Restoran Flaming Steamboat tak sampai RM30. Pilihan lebih pelbagai cuma sosnya takde sesedap di Seoul Garden ni. Apapun, puas hati dapat tunaikan hasrat isteri. Bak kata pepatah, “Duit Boleh Dicari, Nak kahwin lagi silala minta tandatangan/cap jari”. Hehehehe….

Selain itu, boleh juga mencuba buffet/berbuka di sini :

1)Ā Buffet Ramadhan Casa Ombak

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

27 thoughts on “Berbuka Puasa di Restoran Seoul Garden

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.