Seminar Hartanah dari 3 Otai Pelabur Hartanah


Seminar Sembang Hartanah anjuran Abang Ensem dan Denaihati Network bakal membawakan 3 Otai Pelabur Hartanah iaitu :

1) Faizul Ridzuan – Penulis buku WTF? 23 Properties by 30. Bestseller book berdasarkan pengalaman peribadinya. Pernah menghadiri beberapa seminarnya. Memang memberikan inspirasi untuk lebih berjaya dan menceburkan diri dengan Pelaburan Hartanah.

2) Saufi Karim – Penulis bestseller Ebook “Pelaburan Hartanah Tanpa Modal“. Di usia yang begitu muda, sudah mampu melepaskan jawatan di syarikat Gergasi (Petronas) untuk menceburkan diri dalam pelaburan hartanah sepenuh masa. Banyak seminar-seminar menarik pernah dianjurkan selama ini.

3) Shamsuddin Kadir –  Penulis buku laku keras terawal di dalam bidang hartanah dengan tajuk ‘Buat Duit Dengan Rumah’ dan ‘Kaya Dengan Rumah’.

Pandangan peribadi, ini antara Seminar Hartanah yang wajib pergi bagi yang ingin menceburkan diri dalam pelaburan hartanah dan juga ingin menambah ilmu dalam mendalami ilmu hartanah. Kenapa perlu pergi ?

1) Harga yang berpatutan (Hanya RM99)
– Boleh dikatakan antara yang termurah di pasaran. Bukan 1, tapi 3 panel yang bakal berkongsikan pengalaman dan ilmu pelaburan hartanah. In Shaa Allah, diri sendiri mungkin akan turut mendaftarkan diri.

2) Pengalaman Peribadi vs Baca Buku
– Informasi yang dikongsikan dari pengalaman peribadi lebih berkesan. 3 Otai Hartanah ini mostly yang sudah memiliki at least 3 buah hartanah semestinya banyak tips yang bakal dikongsikan.

3) Invest in Yourself First
– Nak berjaya tidak boleh tangkap jarang je kan? Belajarla dengan guru especially yang sudah berpengalaman. In Shaa Allah, lebih mudah selepas itu.

* Info – 40 Soalan Yang Perlu Anda Tanya Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia

Berkat belajar Ilmu Pelaburan Hartanah, salah satu unit hartanah eyriqazz sudah mampu menjana pendapatan sampingan daripada sewa rumah. Positive cashflow of RM300+ sebulan.
Kenaikan harga rumah :
Harga beli : RM270K (2008)
Harga Semasa : RM450K (2013)

Info lanjut tentang Seminar ini, bolehla KLIK SINI

Berminat untuk menghadiri Seminar ini, bolehla Registerkan SINI

In Shaa Allah, jumpa di sana jika tiada aral melintang. Persiapkan diri dalam menimba ilmu hartanah dan perancangan memiliki rumah ke 3-4 tahun ini.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

18 thoughts on “Seminar Hartanah dari 3 Otai Pelabur Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.