Rezeki Berblogging Pasti Ada Jika Rajin Berusaha

Tertarik dengan entri salah seorang rakan blogger, Rezeki Tiap Manusia Pasti Ada, Cuma Berlainan Cara . Tertarik dengan ayatnya ini :

“Saya pernah menjadi seorang blogger yang setia dengan satu syarikat pengiklanan, saya bersama-sama mereka untuk promosi kan syarikat tersebut. Saya pergi setiap acara, saya pergi movie screening setiap kali ada tayangan perdana, saya terima berapa sen bayaran advertorial dari mereka. Saya terima semuanya kerana saya ingin sangat bersama mereka sehingga ke akhirnya. Tetapi apabila saya tunggu dan tunggu dan tunggu lagi, maka saya sedar saya tiada rezeki disitu lagi. Mungkin saya ni batu loncatan kepada blogger lain.

Blog tidak semestinya mudah dapat advertorial, dengan isi kandungan percuma promosi pelbagai jenama dan produk pun boleh. Pasti ada rezeki lain hadir. Tips saya “jangan dengki dengan rakan blogger lain, konsisten dengan apa yang anda lakukan, pasti Allah s.w.t beri rezeki”.

Pandangan peribadi Eyriqazz, Rezeki berblogging pasti ada jika rajin berusaha, tidak mudah berputus asa, tidak mudah berhasad dengki/iri hati, bantu membantu, dan “Blog Smart”. Rezeki berblogging boleh dipelbagaikan dan tidak begitu mengharapkan dari satu sumber sahaja untuk menjana pendapatan dengan blog.

Contohnya, peluang buat duit dengan blog boleh dihasilkan dengan :
1) Pengiklanan . Tepuk dada,tanya selera. Pilihla yang dirasakan terbaik. Macam Eyriqazz, walaupun Income Up & Down, masih rasakan serasi bersama Nuffnang.
2) Program Affiliate – Bolehla berguru dengan Mr Titan, Cik Tom, Anastasyea, dan Razif Yusoff
3) Adsense – Blog berbahasa english lebih sesuai. Pernah menjana pendapatan beberapa kali melalui adsense.Blog berbahasa melayu lebih sukar untuk diapprove dan lebih mudah untuk Di “banned” kan oleh Google. Bolehla berguru dengan YanmieOnline atau BeautifulNara.
4) Direct Iklan – Tanpa melalui orang tengah. Win-win situation. Harga boleh dirunding mengikut bajet pengiklan dan juga blogger sendiri. I.e. kalau trafik rendah, unfair la kan kalau nak charge ribu-ribu satu entri?
5) Rujuk entri Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati
6) Kembangkan Network. Eyriqazz sendiri,  banyak mendapat direct Advertorial dari rakan-rakan bloggers yang rekomenkan.
7) Hidupkan Untuk Memberi – Hukum Alam, apa yang diberi dengan ikhlas, akan kita perolehi kembali. Mostly, lebih dari apa yang kita berikan.
8) Lain-Lain – ChurpChurp, Join Contest, etc..

Tepuk dada, tanya selera. Rezeki tidak akan datang bergolek. Apa yang saya pelajari sepanjang berblog, keunikan sesuatu blog memang dipandang oleh potential Advertiser dan bagi menjana lebih peluang menjana pendapatan.

Buat Ruby rakan blogger yang telah lama eyriqazz kenal, keep up a good work. In term of PR , networking dan usaha, u are on the right track. In term of blog trafik, perlu diperbaiki lagi. In Shaa Allah, the rest will come….

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

35 thoughts on “Rezeki Berblogging Pasti Ada Jika Rajin Berusaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.