Pinjaman Perumahan Terbaik di Malaysia

Pernah atau bercadang untuk membuat pinjaman perumahan? Pengalaman membeli rumah sebelum ini, ketika pertama kali membeli rumah atas nama Isteri, banyak persoalan yang bermain di fikiran i.e. macam mana nak apply loan, mudah ke, berapa margin of financing etc? Apa pula bank yang dapat menawarkan pakej yang terbaik? . Terpaksalah surfing internet dan apply dari beberapa bank yang berbeza untuk mendapatkan kadar yang terbaik. Time rumah dibeli guna loan isteri, antara Bank yang apply dan berjaya mendapat kelulusan antaranya CIMB,UOB, RHB dan pelbagai lagi. Time tu baru dapat bandingkan mana satu yang dapat offer rate yang terbaik.

Memang agak ‘time consuming’. Bestnya kalau dapat check ianya terlebih awal, jadi masa dapat dijimatkan dan lebih mudah untuk membuat pilihan. Masa tu ada juga surf-surf internet, tapi tidak berjumpa laman web yang sesuai yang boleh memberikan perbandingan pinjaman perumahan yang menawarkan kadar terbaik di Malaysia.

Namun, kini ianya lebih mudah dengan melayari laman web http://www.imoney.my/ms/pinjaman-perumahan – Boleh Mencari dan Bandingkan Pinjaman Perumahan Terbaik di Malaysia. Boleh tarik berdasarkan jumlah pinjaman dan tempohnya. Dari situ, informasi terkini berkenaan rate terbaik yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia dapat diperolehi seperti contoh di bawah ini :

Saya ambil contoh pinjaman perumahan sebanyak RM250,000 untuk pinjaman selama 30 tahun . Kadar faedah , bayaran bulanan, dan jumlah faedah terus dapat dilihat. Dari sini boleh nampak bank yang menawarkan kadar faedah terbaik, bayaran bulanan, penalti penamatan awal (lock in period) dan pelbagai informasi lagi. First glance, boleh buat perbandingan untuk melihat bank yang menawarkan kadar yang terbaik dan boleh membuat keputusan untuk mengambil yang mana yang berkenan di haPengalaman eyriqazz, kena lihat bukan saja pada kadar faedah tapi juga pada term & condition yang lain misalnya penalti penamatan awal, jumlah faedah dikenakan, dan sebagainya. Melalui laman web ini , informasi ini dapat diperolehi dengan mudah bagi membantu meringankan kerja pencarian pinjaman perumahan yang terbaik.

  KLIK Untuk Dapatkan Rahsia Pinjaman Rumah 

Informasi berkenaan Pinjaman Perumahan dan terma yang selalu digunakan dalam pinjaman perumahan juga boleh didapati di laman web ini . Laman yang menyediakan dwi bahasa, English dan Bahasa Melayu, memudahkan pengguna melayari berdasarkan keselesaan. Informasi berkenaan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan turut dikongsikan di laman web ini dengan informasinya dirujuk kepada Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia – http://bpp.treasury.gov.my/web/

 

Testimoni peribadi eyriqazz sebagai seorang pegawai bank, informasi yang dikongsikan sangat berinformasi especially bagi yang ingin mendapatkan informasi berkenaan pinjaman perumahan. Selain pinjaman perumahan, informasi lain seperti Kad Kredit , pinjaman kereta, dan pinjaman peribadi boleh diperolehi di sini. Mudah, cepat, dan menyenangkan bagi membuat pilihan dan membandingkan sebelum membuat keputusan memilih bank yang sesuai untuk membuat pinjaman.

Nak tahu cara beli rumah tanpa gunakan banyak modal? KLIK SINI untuk informasi lanjut.

Bagi yang memerlukan guidance pembelian rumah sekitar KL/Selangor, bolehla hubungi eyriqazz di 0139263127 or e-mailkan ke eyriqazz@gmail.com. In Shaa Allah, saya boleh guidekan berdasarkan pengalaman peribadi saya.

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

41 thoughts on “Pinjaman Perumahan Terbaik di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.