Nasihat dari Ex Ah Long

Dulu Eyriqazz pernah kerja sebagai Ah Long berlesen (Recovery Officer Commercial Bank). Almost 2 tahun juga. Sepanjang dua tahun tersebut, saya pernah jaga akaun dari 1 bulan sehinggala overdue berpuluh-puluh bulan. Banyak pengalaman yang saya belajar sepanjang kerja Ah Long. Rumah dilelong, nama diblacklisted, bankruptcy, adik beradik bergaduh berebut rumah yang hampir dilelong, dan bermacam-macam lagi.

Kongsi-kongsikan, bagi sesiapa yang berniat untuk memiliki Housing Loan atau sedang ada pinjaman perumahan . Ini antara nasihat dari Eyriqazz @ Ex Ah Long :

1) Jangan biarkan account overdue/tertunggak
-Kalau perasan, dalam clause Loan Agreement or Letter Offer, ada satu clause yang ditulis “bank have the right to increase the interest rate in the event of default”. Normally bila akaun masuk 2 bulan ke atas. Bank boleh menaikkan interest i.e. dari BLR-2% kepada BLR+2%. Bila interest naik, of course instalment akan naik juga kan? I.e. dari patut bayar 800 sebulan naik RM1000 sebulan. Kalau 800 pun sudah susah bernafas nak bayar, lagikan RM1,000 kan? So, berhati-hati. Make sure account tak overdue lama. Bank ni normalla, profit making, kerja nak untung je. Mana dia kisah sangat welfare customer. Tak boleh bayar, ambil legal actions or lelongkan rumah tu.

2) Hutang Overdue,Ambil Tindakan Segera
– Yang ni kadang-kadang tak dapat dielakkan i.e. bila dilanda masalah kewangan. Anak masuk hospital, emergency,etc tak sempat nak bayar instalment. Jangan ambil ringan bila dah overdue, especially bila dah 2 bulan ke atas. Cuba berunding dengan bank tersebut. Make a proposal camna nak settle/elakkan dari bank mengambil tindakan undang-undang. Kalau masalah tidak dapat disettlekan selepas berunding dengan bank tersebut, bolehla cuba dapatkan bantuan dengan Bank Negara (BNM Link), FMB (Financial Mediation Bureau) ataupun AKPK.Better safe, than sorry.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

28 thoughts on “Nasihat dari Ex Ah Long

Leave a Reply to Hafizul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.