Mr Titan di Mataku

Siapa Mr Titan di Mataku? . Playboy ke? Kaki Perempuan ke? Mat Jambu ke? Mr Gay? Pemalu? Fuhhh, jenuh juga nak memikirkan Idea tentang Mr Titan ni. Namun disebabkan oleh kerana kalau eyriqazz join contest dia, dia maybe (maybe laa, keberangkalian tu kena tanya Cikgu Naman) nak belanja eyriqazz Cendol Banting, jadi join la contest sambil boleh kutuk Mr Titan kaw-kaw.

Sepetang bersama Blogger 2013 271)First Impression 
– Kalau x silap eyriqazz, mula-mula kenal dengan Mr Titan di alam maya ketika dia tengah rancak menganjurkan contest SEO “Melayu Boleh” . Hahaha, just kidding. Dia anjurkan contest ” Cabaran SEO Lelaki Kacak. Saya tak sempat join coz dah tau awal-awal, confirm kalah punya. Plus, kalau eyriqazz menang, tentu Mr Titan taknak mengaku yang sayani lebih kacak dari dia. Idea Contest dia tu saya tiru untuk Contest SEO “Eyriqazz vs Denaihati” yang mendapat sambutan yang begitu memberansangkan . Thank bro…

2) Second Impression
– 
First time kenal Mr. Titan di alam nyata semasa sesi Sepetang Bersama Denaihati 2013. Nampak Mr Titan cuba menyorok dari peminat-peminat wanitanya dek kerna kekacakannya yang memang terserlah. Sempatlah kami terjah dan bergambar. Amcam, kacak kan dia? Selepas event ini, semakin ramai bloggers yang mengacau dan mengusik2 Mr Titan yang memang terkenal dengan Cendol Banting, Ain Maisarah dan Lelaki Kacak. Nama Mr Titan semakin berlegar-legar di alam maya. Rancak diperhebohkan yang Mr Titan time itu bakal bertanding PRU untuk Parlimen Lembah Pantai (katanya Nurul Izzah antara yang paling cun untuk dilawan). Sayang, tidak menjadi kenyataan. Hahaha, jangan marah naa..Saje kasi nasi tambah.

Mr Titan Earncent

3) Diam-Diam Ubi Berisi
– 
Diam-diam ubi berisi, bakat dan keistimewaan Mr Titan dihidu oleh Team Denaihati Network dan dijemput sebagai panelist untuk Seminar Buat Duit dengan Blog bersama Denaihati Network. Info lanjut boleh refer entri Tips Buat Duit dari Seminar Denaihati . Pengalaman 10 tahun berblog dan menjana Income dengan blog dikongsikan di Seminar Ini. Kagum, pelbagai platform digunakan oleh Mr Titan bagi menjana pendapatan i.e. blog, program affiliate, dan pelbagai lagi. Tips SEO Merah Jambunya memang unik dan berkesan. Sudah mencuba beberapa kali dan beberapa sales dapat dihasilkan dengan progam Affiliate. (Kredit picture to Azman Ishak  )

4) Bela Hantu Raya?


– Fuhh, saya dan BoniKacak memang tertanya-tanya. Update lebih dari tiga blog sehari. Satu blog entri adalah dalam 2-3 entri minimum. Lepas tu, boleh menjadi Top Commentator beberapa bulan berturut-turut di Eyriqazz.com . Fuhh, tongkat ali or Cendol Banting yang dimakan. Banyak masa Mr Titan ni. Bila masa dia nak berdating dengan Ain Maisarah? Bila masa dia nak pi usha awek-awek cun? Bila Masa dia nak pi main bola dengan anak-anak murid? Haha, itula gunanya “Time Management”. Bro, nanti buat satu Seminar “Tips Time Management” pula bro. Jangan lupa bawa Booth Cendol Banting sekali. ( Kredit gambar Budiey.com )

5) Review Peribadi dan Cadangan 
* Salah satu blog yang kurang bergambar yang suka eyriqazz singgah kerana banyak tips dan informasi menarik berkenaan berblogging juga pengalaman peribadi. Quite touching bila baca salah satu entri kisah Ayahnya, You Raise Me Up . Memang touching dan hampir membuatkan air mata eyriqazz mengalir. Teringat arwah ayah. Memang ramai ayah yang tak pandai tunjukkan kasih sayang tapi sayangkan sangat-sangat anaknya. Di dalam kekacakannya “Dalam Hati ada Taman Rupanya”
* Tambah sikit gambar bro. Tentu lebih banyak entri blog bro gua baca hari-hari. Almaklumla, bila dah meningkat usia 26 ni, mata pun dah sedikit kabur.
* Personal Coaching taknak buat ke Bro or Seminar bersama Mr Titan dan Ain Maisarah only. Sekejap sangat la dengan bro “mengarut” hari itu. Nak dengar lagi, dan lagi…
* Buat peminat Mr Titan, jangan lupa klik G+ entri Ini. Petition untuk Mr Titan sewa bas belanja bloggers Cendol banting ni.
* Sifu dan Otai . Memang banyak pengalaman dan tips yang boleh dipraktikkan. Nak or tidak je. Rajin or tidak je…Kalau hari-hari mention Cendol banting tak belanja rakan-rakan, tak berguna juga kan? Hik3…

Cukupla dulu..Kan kalau eyriqazz type panjang2, sah-sah Mr Titan tidur dan baca suku jalan je… Make sure bro baca habis ya…Hahaha…

Contest Review Tak Terkalah ini dianjurkan oleh Ahmad Faizal dan Earncent.com dan ditaja bersama oleh SaraSyukri Tahir,RahsiaDuitFreeIlaZainalBlackrosehunter, dan Nuristimewa

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

27 thoughts on “Mr Titan di Mataku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.