Hadiah Terbaik buat Anak-Anak

Apa yang anak-anak inginkan dari ibu bapa? Mainan yang mahal? IPAD 2? Handset? Toy? Kereta mainan? . Bagi saya, hadiah terbaik buat anak-anak adalah “Spend Quality time with them”. Masa yang pergi tidak akan dapat dikembalikan. “Bonding time” dengan anak-anak adalah satu keperluan dalam membesarkan mereka menjadi anak yang sentiasa ceria, gembira dan mendapat tunjuk ajar dari insan yang mereka kasihi.

Masa yang diluangkan bersama anak-anak pasti menggembirakan mereka. Terkenang arwah ayah. Walaupun ayah seorang yang garang, tapi bonding moments bersamanya tetap mekar dalam ingatan. Anak-anak pastinya mahukan belaian kasih sayang. Lebih banyak masa diluangkan bersama mereka, semestinya lebih menggembirakan hati mereka.

Bukan mudah dalam membesarkan anak-anak. Misalnya ketika Azim @ anak bongsu dimasukkan ke dalam hospital, mereka lebih perlukan perhatian dan belaian. Sebagai ibubapa, kami mengambil jalan mengambil cuti beberapa hari dari bekerja dalam menjaga anak yang tengah sakit.

Kempen Oreo 1 Million Minutes adalah satu kempen yang sangat bagus dalam menghargai dan mengeratkan hubungan bersama anak-anak.  Sasaran Oreo menerusi kempen ini adalahmengumpul 1 juta minit of bonding moments daripada rakyat Malaysia sudah berjaya dicapai. Yup, Rakyat Malaysia semenangnya sayangkan keluarga kan?

Jom sama-sama dedicatekan masa anda untuk kempen ini di SINI. Saya sendiri sudah dedicatekan 3,360 minit untuk pelbagai aktiviti antaranya swimming, percutian, menonton wayang dan pelbagai lagi. Sharing some of my bonding moments :


Swimming

Teringat lagi timeni, bukan main gembira Alisya bermain air. Kali pertama bermain air, Nampak dia agak takut-takut. Alah bisa, tegal biasa, kolam renang menjadi salah satu tempat kegemaran Alisya. Almost setiap minggu saya akan bawakan Alisya ke swimming pool. Melihat kegembiraan di wajahnya, cukup menggembirakan hati.

 Menaiki Belon Panas
Thanks Oreo for sponsoring this ticket last year

Semasa menaiki belon panas ini, Alisya menangis takutkan bunyi api dan bahan api panas. Tak sempat bawa dia menaiki ke sampai atas.Namun bila Papanya sudah di atas, dia di bawah, “Mama, kenapa Papa tinggalkan Alisya”. Sweet memory, dah makin membesar, rasanya maybe suatu hari nanti boleh bawa dia menaiki belon panas lagi.

Percutian di Tempat Menarik

Antara tempat percutian menarik kegemaran yang kami pergi adalah Cameron Highlands, Pulau Langkawi, dan Melaka. Alisya memang suka berjalan-jalan. Explore the world, jauh perjalanan luas pengalaman. Percutian yang mengeratkan hubungan kekeluargaan.

 Makan-Makan Session

Biskut  Oreo antara makanan kegemaran Alisya. Tapi suka benar dia kalau nak makan biskut Oreo minta Papa or Mamanya temankan sekali dan makan sekali. Sekarangni sudah pandai Alisya suapkan biskut Oreo ini buat adiknya, Azim. Papa, sedap tak? Sedap sayang…

Tutti Frutti Moments 6Bawa ke tempat kegemaran mereka

Time Alisya bersedih ataupun time dia menyiapkan tugasan yang kami berikan, kami akan rewardkan Alisya ke tempat kegemarannya, kedai aiskrim. Berselera Alisya makan. Gembira hati melihat insan tersayang gembira.

Berita baik courtesy of Oreo, mereka bakal Give Awaykan lebih kurang 6,500 tiket untuk menonton wayang seisi keluarga di laman web Oreo 1 Million Minutes bermula pada 16 June 2013 (Hari Bapa) pukul 9 pagi. Jangan lepaskan peluang ini ini [ KLIK  SINI ]

Bukan Mudah untuk menjadi SuperDad . Yess, I wanna be SuperDad

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

43 thoughts on “Hadiah Terbaik buat Anak-Anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.