Dilema Pembeli Rumah Kos Rendah

Beberapa hari lepas, saya dihubungi oleh Mak Sepupu yang menetap di Klang. Katanya, suaminya mendapat tawaran membeli rumah/flat kos rendah berharga Rm44,000 di Klang, Selangor. Mak sepupu saya tidak bekerja, manakala suaminya kerja kilang dengan gaji lebih kurang RM1,600 sebulan.

Pelbagai persoalan ditanyakan oleh Mak Sepupu eyriqazz antaranya :
1) Bolehke loan approve dengan gaji tersebut
2) Apa proses nak beli rumah ni? Apa kos-kos yang perlu dibayar?
3) Bolehke keluar duit EPF

Buat masa ini, mak sepupu eyriqazz menyewa di Klang dengan kadar sewa RM300+ sebulan. Dari menyewa lebih baik membeli kan? Tapi terdengar juga cerita yang loan bawah RM100K sekarang susah nak approve. Fuhh, memang suatu cabaran betul nak beli rumah kos rendah ni kan? Ada yang nak beli tapi gaji sudah terlebih dan tak layak. Ada yang layak pula, mungkin loan tak approve. Mungkin Tips Langkah Untuk Memastikan Loan Anda Approve boleh dipraktikkan untuk situasi sebegini.

Memang dilema bagi pembeli rumah kos rendah. Tak kurang hebatnya bagi “middle Income”. Harga hartanah especially di Klang Valley sudah sampai ke tahap agak sukar membeli rumah yang selesa dengan gaji semasa. Bila keadaan sebegini, mungkin Ebook Rahsia Senang Mendapat Pinjaman dapat membantu?

P.s : Kongsi-kongsikan tips/pengalaman agar loan makcik eyriqazz ini lebih mudah approve.

KLIK Untuk Dapatkan Rahsia Pinjaman Rumah

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

24 thoughts on “Dilema Pembeli Rumah Kos Rendah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.