Cendol Bakar Kuala Selangor

Semalam, on the way ke Aroma Ikan Bakar, Jeram , sempatla singgah di Cendol Bakar Kuala Selangor yang sebelum ini pernah keluar di Jalan Jalan Cari Makan TV3. Kreatif, ada drive through, so drive through kan aja.

Panjangnya queue di drive through. Siap ada RELA lagi yang mengawal trafik. Memang meriah la.

Kalau dari KL, boleh ambil LATAR highway. Perjalanan dari KL ke sini mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Kalau taknak drive through, bolehla beratur dan parking kereta di sini. Panjang juga queuenya.

Memang meriah. Satu keunikan, cendol bakar, macam mana dia bakar ya? Tertanya-tanya juga.

Dah sampai turn. Pelayannya pun agak mesra.

Antara 6 pilihan cendol .Eyriqazz pilih yang Cendol VVIP gabungan cendo, pulut, nata de co co, selasih, jagung dan kacang yang berharga Rm2.50 satu. Okla, harga berpatutan.

Nasi ayam dara pun ada dijual. Kalau Food Blogger Malaysia, tentu dia suka ni.

Masih ramai yang beratur di drive through.

My Cendol dah dapat. Pekena time panas-panas, memang sedap. Puas hati dan berbaloi beratur di drive through. Bolehla juga baca pengalaman Ketua Talibarut berkenaan pengalamannya tak sempat singgah di  Cendol Bakar Kuala Selangor ini –> Penangan Cendol Bakar

Bagi sesiapa yang singgah di kuala selangor, memang wajib singgah sini. Salah satu Tempat Makan Menarik dan Best di Selangor untuk dikunjungi.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

21 thoughts on “Cendol Bakar Kuala Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.