Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort 2013

Beberapa minggu lepas, berkesempatan untuk Preview Buffet Ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort 2013. Terimakasih diucapkan kepada Redmummy yang menjemput saya menghadiri sesi preview juadah buffet berbuka puasa ini. Rambang mata dibuatnya dan perut berkeroncong melihat pelbagai juadah disediakan :

Pengat durian dan ubi kayu menjadi menu pertama yang dipilih eyriqazz. Sangat sedap. Jarang saya pergi buffet ramadhan yang menyediakan juadah sebegini. Selera meningkat, singgahi menu yang lain pula.

Yong Tau Fu, ini favourite Isteri. Kalau bawa dia ke sini, tentu dia suka. Tak sempat nak try tapi feedback dari rakan-rakan, sedap kata mereka.

Seafood antaranya pepahat yang cukup menggiurkan dan menyelerakan.

Gambar Candid, muncung habis si Mohd Zaid merasa juadah yang disediakan.


Pencuci mulut dan kuih muih yang membangkitkan selera menjadi pilihan saya juga.


Antara yang paling saya suka adalah Apam Baliknya yang saya rasakan antara Apam Balik paling sedap pernah saya rasa. Ambil satu, satu lagi, adalah 3 keping saya ambil kot sepanjang sesi ini.


Jagung, favourite Alisya dan Papanya. Nampak menarik, memang sedap .

 Kawasannya pun agak luas dan selesa. Time ini hanya 65% hidangan dari actual Buffet ramadhan 2013 nanti. Itupun sudah rasa tidak terkejar nak memilih makanan.

Gambar-gambar lain bolehla singgahi SINI


Wajah Gembira, Juadah Menyelera


Teh Tarik Session bersama Orang Kuat Tropicana Golf & Country Resort, Encik Abdul Razak dan Encik Ezani. Sepanjang pengalaman saya menghadiri sesi preview Buffet ramadhan inilah rasanya pertama kali kami dilayan personally dan dapat berbual-bual dan bertanya berkenaan buffet yang disediakan. Tak kering gusi dibuatnya mendengar pengalaman mereka yang cukup menarik sampaikan masa berlalu rasakan sekejap saja.

Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort tahun ini bertemakan Rasa Kampung Buffet yang menyediakan juadah yang menyelerakan di 29 buah stalls yang dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya Warung Gulai Kawah, Warung Ah Hock, Warung Breakfast, dan pelbagai lagi.

Sedikit informasi berkenaan buffet ramadhan di sini :
1) Lebih dari 200 juadah menyelerakan disediakan . Makanan melayu, cina, india, japan, dan western turut disediakan on rotation basis.
2) Free parking (lebih kurang 600 parking lots disediakan)
3) Kemudahan surau
4) Suasana yang santai
5) Harga RM80+ untuk dewasa, disarankan booking awal. Kalau nak walk in, dicadangkan selepas pukul 8 malam

Lebih lanjut berkenaan Buffet Ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort bolehla hubungi 03-78048888 ext 306/309/325, 03-78041919, 014-9270501 (Encik Razak), 012-2765797 (Zainul) atau 012-6201831. Jangan lupa quotekan blog Eyriqazz.Com kalau membuat tempahan, kot-kot ada special harga bakal diberikan?

Secara peribadi, buffet di sini antara buffet ramadhan terbaik yang pernah saya cuba in term of harga & kualiti makanan disediakan. In Shaa Allah, sudah pasti tahun ini akan saya singgahi Buffer Ramadhan ini untuk berbuka puasa seisi keluarga.

Selain itu, boleh juga mencuba buffet/berbuka di sini :

1) Buffet Ramadhan Casa Ombak

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

10 thoughts on “Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.