Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram

Special thanks buat Bro SharingInfoz yang rekomenkan salah satu tempat menarik untuk pekena Ikan Bakar @ Seafood iaitu di Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram, Kuala Selangor.

Sempat singgahi bulan lepas ketika musim cuti sekolah. Memang sangat ramai oranAromaIkanBakarPantaiJeram12g time, sampai-sampai around 7 malam, waktu peak sampaikan nak dapat meja pun agak susah. Lokasinya yang terletak di Kuala Selangor, lebih kurang 1 jam lebih perjalanan dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya LATAR.

AromaIkanBakarPantaiJeram3

Dapatje meja, terus beratur memilih seafood pilihan. TIme ni memang dah beratur panjang. Almaklumla, time weekend dan juga cuti sekolah. Word of mouth, really powerful kan?

AromaIkanBakarPantaiJeram4

Pilih-pilih, jangan malu-malu. Saya perhatikan ikan dan seafood di sini agak segar dan fresh.

AromaIkanBakarPantaiJeram5
Senarai harga. Tak kisah masak apa, harganya tetap sama

AromaIkanBakarPantaiJeram17
Cantik pemandangannya di waktu senja

AromaIkanBakarPantaiJeram18

Inilah seat yang kami dapat. Ni pun almost menunggu dengan 10 minit menantikan pelanggan sebelum itu beredar. Memang full house time ni.

AromaIkanBakarPantaiJeram22

Perkhidmatan surau turut disediakan. Memang memudahkan pengunjung yang datang.

AromaIkanBakarPantaiJeram25

Kena tambah harga kalau nak duduk di tempat makan saung ataupun Bamboo. Cuba dapatkan tempat tapi sudah fully booked.

AromaIkanBakarPantaiJeram26

Menarik pemandangan melihat ke Pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

AromaIkanBakarPantaiJeram28

Next time maybe boleh booking di sini. Suasana lebih nyaman dan santai.

AromaIkanBakarPantaiJeram31

Meja di mana-mana semuanya penuh. Destinasi ini memang menjadi pilihan ramai pengunjung bagi menikmati juadah ikan bakar dan seafood.

AromaIkanBakarPantaiJeram35

Hidangan yang kami order, Ikan Siakap Bakar. Sedap dan kena dengan citarasa kami. Habis dua orang makan.

AromaIkanBakarPantaiJeram38

Ketam masak cili, kegemaran Isteri. Order tiga ekor. 2 untuk Isteri, satu untuk eyriqazz. Masakan cilinya memang sedap . Rasa macam tak cukup pula order 3 ekor sahaja.

AromaIkanBakarPantaiJeram39

Favourite Alisya, Udang Masak Butter. Berselera Alisya makan. Alisya ni memang susah skit bak-bak makan. Tapi udang di sini, menepati citarasanya.

AromaIkanBakarPantaiJeram41

Jemput makan. Jangan malu-malu. Papa belanja. Perut lapar beratur lama, order lama sampai disebabkan datang time peak, memang berselera kami makan.  Seafood dan Ikar Bakar sememangnya salah satu makanan kegemaran kami seisi keluarga.

AromaIkanBakarPantaiJeram42

Berselera Isteri meratah ketam. Azim nanti dah besar Papa bawa lagi ke sini ya? Hahaha, Isteri belum habis makan, saya sudah habis. Kenyang. Sedap dan puas hati.

AromaIkanBakarPantaiJeram44

Total harga, Rm90.90. Rm34.20 untuk Ikan Siakap Bakar, RM24.30 untuk ketam masak cili, RM18.60 untuk Udang masak butter, RM12 untuk 1 Jug Air dan AIr tambahan dan RM1.80 untuk nasi. Harganya rasanya boleh tahan. Tidak terlalu mahal, tidak juga murah. Bolehla bawa keluarga lagi ke sini bila ada kelapangan.

Overall, saya berikan rating 8.5/10 untuk Restoran Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram ini. Indah khabar, Indah rupa. Sudah pasti akan kami singgahi lagi di lain masa.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

29 thoughts on “Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.