Wanita Mementingkan Kerjaya dari Berkahwin?

Wanita penyumbang kepada ekonomi Negara. Ini dibuktikan dengan laporan yang telah dilakukan seperti yang dilaporkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan bahawa 46% wanita terlibat di dalam sektor pekerjaan. Walaupun kerajaan mensasarkan sejumlah 55% wanita bekerja menjelang 2015, angka 46% wanita bekerja ini sudah cukup besar.

Di dalam keadaan ekonomi dan sosial semasa, rata-rata wanita kini berpendidikan tinggi. Malah, boleh diperhatikan di institusi pengajian tinggi, kebanyakan tempat diisi oleh golongan wanita. Perubahan tahap pendidikan tentunya membawa kepada perubahan ekonomi.

girl_study

Segulung atau bergulung-gulung ijazah yang didapati dengan jerih perit tidak mungkin disiakan. Rata-rata berkerja keras untuk mencapai cita-cita. Malah, ada wanita yang bekerja siang dan malam hingga tidak sempat melihat cahaya matahari. Keluar di subuh hari dan pulang ketika malam. Disebabkan tiada komitmen lain, tumpuan hanya kepada pekerjaan yang dilakukan.

Di sinilah salah faham berlaku. Bertungkus-lumus belajar di universiti dan kemudian sibuk bekerja, golongan wanita seperti ini bukan tidak mahu berkahwin. Mungkin jodoh lambat tiba. Kawan-kawan sepejabat yang lain mungkin telah mempunyai teman wanita semasa belajar. Tanpa aktiviti sosial yang lain, agak sukar untuk bertemu dengan calon suami kecuali di tempat kerja. Tahun berganti, wanita mengukuhkan kedudukan dan kestabilan pekerjaan mereka. Di waktu ini, mungkin lelaki yang takut untuk menyapa dan menyunting wanita tersebut.

wanita bekerjayaDari sudut pandangan yang lain, ramai wanita di luar sana yang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menumpukan perhatian kepada keluarga. Wanita sanggup melupakan pendapatan besar yang didapati setiap bulan semata-mata untuk melihat senyuman di wajah suami dan anak-anak. Jika semua keperluan asas boleh disediakan suami, apa salahnya berhenti kerja dan menumpukan perhatian kepada keluarga.

family

Kesimpulannya, wanita memang mementingkan kerjaya. Namun sebaik sahaja berumah tangga, keutamaan itu akan berubah kepada mementingkan keluarga. Pekerjaan boleh dicari tapi keluarga tidak boleh diganti. Lagipun syurga itu di tapak kaki suami. Selagi pekerjaan itu direhai suami, tidak salah berkongsi tenaga dan saling membantu. Namun, jika itu tidak disukainya, wanita akan dapat membuat keputusan yang betul. In Shaa Allah.

Entri ini adalah hasil nukilan dari Penulis Jemputan iaitu Adyani yang menulis  di http://my-adam.blogspot.com/

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

9 thoughts on “Wanita Mementingkan Kerjaya dari Berkahwin?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.