Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Pelbagai Tips Menarik berkenaan Buat Duit dengan Blog dikongsi-kongsikan  dari Seminar Denaihati. Apa yang saya belajar? Apa yang anda belajar? Almost 5 tahun aktif berblog, rupanya saya ni boleh dikategorikan masih “Hingusan/Newbie” dalam menjana pendapatan melalui blog. Masih banyak tips yang dikongsikan yang belum eyriqazz praktikkan. Berkongsi pengalaman :

Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013Apakah Tips Buat Duit yang paling Menarik yang saya perolehi di Seminar Buat Duit dengan Blog 2013
Kredit picture to Azman Ishak 

Actually, banyak tips buat duit yang menarik yang dikongsikan di Seminar Denaihati ini i.e. seperti di entri Perkongsian Panelist ini. Bagi saya, semua panelist memang berkesan dan mampu memberikan hujah yang menarik buat lebih dari 200 orang yang hadir. Kalau Eyriqazz di depan tu, mahu terketar-ketar dibuatnya. Kalau time Zarul Umbrella panggil nyanyi pun sudah menyorok bawah meja, perlukan lebih kekuatan andainya mahu berada sebaris dengan panelist yang berkongsikan banyak tips buat duit dengan blog.

Tips buat duit yang paling menarik bagi eyriqazz adalah :

Mr Titan Earncent
Rajin dan Jangan Mudah Berputus asa dikongsikan oleh Sifu Blogger, Mr Titan 

Pengalaman Mr Titan sendiri misalnya, pengalaman berblog lebih kurang 10 tahun dengan semangat yang tidak mudah berputus asa bagi meraih kejayaan dan menghasilkan pendapatan/duit dengan blog. Penjenamaan yang dilakukannya bukan diperolehi dalam masa yang singkat. Lelaki Kacak, Cendol Banting, dan Ain Maisarah sudah cukup sinonim dengan Mr Titan , satu tagline yang agak berjaya dibawa dari alam maya ke alam nyata.

Sepetang bersama Blogger 2013 27
Sepetang Bersama Bloggers 2013 anjuran Denaihati Network  bulan January 2013 menemukan Eyriqazz buat pertama kali dengan Mr Titan. Seorang yang maintain ‘low profile and humble’ membuatkan Eyriqazz cukup kagum dengannya. Sikap rajinnya dalam berblog , menghasilkan lebih dari 3 blog yang berkualiti dengan update yang konsisten, entri yang agak kacak membuatkan Boni Kacak bertanya ” Mamat ni ada Bela Hantu Raya ke? “. Mudah jawapan yang diberikan oleh Mr. Titan, gunakan masa sebaik-baiknya. No Pain, No gain. Sambil dengar ucapan perhimpunan, boleh lagi komen blog kan bro? . Kadang-kadang, eyriqazz sendiri pun tertanya-tanya, macam mana Mr. Titan ni mampu menghasilkan entri sambil mampu mengomen di banyak blog dan masih banyak idea untuk menghasilkan lebih dari 3 entri sehari? Fuhhh, ini bukannya penangan tongkat ali, tapi penangan Cendol Banting katanya. Nampak gaya, suatu hari nanti, kena bawa satu bas bersama bloggers “Paw” mr Titan belanja Cendol Banting.

Dalam berblog, mungkin ada yang akan mudah berputus asa/berhenti separuh jalan especially bagi mereka yang menjadikan Duit sebagai sandaran utama bila berblog. Bila tak dapat apa yang dikehendaki dan asyik fikirkan cara mudah untuk menghasilkan duit dari blog, memang lebih mudah untuk putus asa dalam menghasilkan duit dengan blog. Tengok saja Mr Titan sendiri, boleh dikatakan semua medium pengiklanan pernah dicubanya. Sebutkan saja, Nuffnang, Advertlerts, Innity, Komli, Adsense, Nonsense, Earncent, Ringgit & USD, semua dicuba dan dirembatnya dan hasilnya, duit pinjaman PTPTN pun mampu dilangsaikannya dengan income dari blog. Itu belum dicampur dengan program affiliate yang disertainya. Kalau campur-campur, mahu sudah bergelar “Blogger Jutawan” mungkin?.

Menghasilkan duit dengan program Affiliate misalnya, kalau mengharapkan satu entri, lepas itu tunggu bulan jatuh ke riba,memang tidak ke mana la jawabnya. Minimum 5 entri berkualiti barula boleh menghasilkan pulangan yang lebih memuaskan. Kerja Lebih, hasil pun lebih la kan?

 

Kalau mahu berjaya, Rajin dan Tidak Mudah Berputus Asa perlu ada. Samalah juga dalam Buat Duit dengan Blog. Istilah rajin tu boleh dipelbagaikan i.e. menimba ilmu tips/trick buat duit dengan blog i.e menghadiri seminar, beli ebook, blogwalking, Googling, cari Sifu dan banyak lagi. Tidak mudah berputus asa, dari yang sedikitla ianya berkembang menjadi banyak. Kalau yang sedikit pun kita tidak berani untuk mencuba dan malas, rasanya usah dimimpi untuk mendapatkan habuan yang lebih lumayan menghasilkan income dengan blog.

Bina Blog kerana Minat? Go For It….
Buat Blog Kerana Duit? Go For It…
Buat Blog Kerana Minat dan Duit? Go For it too.…. Law of Attraction….Pecahkan ruyung, claim Cendol Banting dengan Mr Titan. Rezeki takkan datang bergolek jika kita sendiri tidak berusaha ke arahnya.

Special thanks buat Mr. Titan yang sedikit sebanyak berjaya mengeluarkan Eyriqazz dari Sindrom Kenadotan. Kalau Mr Titan boleh, kenapa kita tidak boleh kan? Kalau dari segi Kacak, rasanya Boni Kacak lebih kacak dari Mr Titan…Hahahaha….

Serangkap pantun buat Mr Titan :

Buat Duit dengan Blog menjadi Impian
Tips Dikongsi oleh Mr Titan
Seminar Denaihati sebagai Jambatan
Ilmu dikongsi-kongsi semoga rezeki dimurahkan

Serangkap pantun buat Denaihati Network :

Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati
Pelbagai Ilmu dikongsi-kongsi
Tepuk dada, tanyalah diri
Rajin dan Jangan Mudah Putus Asa , In Shaa Allah dimurahkan rezeki

P.s : Klik G+ di bawah entri ini sebagai tanda Petition Mr. Titan kena belanja bloggers “Cendol Banting”.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

47 thoughts on “Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.