Pelancaran Samsung Galaxy S4 di Malaysia

Pelancaran Samsung Galaxy S4 dilancarkan dengan penuh meriah pada Sabtu, 27 April 2013. Saya berkesempatan menghadiri majlis Pelancaran ini di dua lokasi yang berbeza iaitu Sunway Pyramid, Selangor dan Plaza Lowyat, Kuala Lumpur.

Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 23

Sekitar pukul 8.30 pagi di Blue Cube, Sunway Pyramid. Sudah ramai pelanggan Celcom yang beratur di The Cube untuk menjadi antara yang terawal untuk memiliki Samsung Galaxy S4, yang menjadi antara Smartphone pilihan ramai.  Satu strategi yang menarik, pelancaran serentak di Malaysia dari pelbagai lokasi yang berbeza.

Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 12
Pelancaran Samsung Galaxy S4 ini turut dimeriahkan dengan kehadiran dua Selebriti, Artis Terkenal Malaysia iaitu Awal Ashaari dan Liyana Jasmay. Cukup ramah mereka melayan pengunjung dan pelanggan yang datang. Saya sendiri sangat terhibur dengan sifat mesra Awal Ashaari especially yang bijak melayan pelanggan yang beratur dan ditunjukkan Features menarik Samsung Galaxy S4 ini.


Video spontan yang sempat saya rakamkan bersama Awal Ashaari dan Liyana Jasmay

Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 26

Cukup meriah, diserikan lagi dengan pelbagai watak Badut dan Penghibur

Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 31

Yang ini memang unik. Terus Snap dan yang beratur panjang pun rasa terhibur

Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 33

Masa yang dinanti-nanti akhirnya tiba. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, trak Samsung Galaxy S4 bersama Top Boss Samsung sampai.

Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 36

Samsung Galaxy S4 – Teman Sejatimu (Life Companion)
Menarik taglinenya

Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 39

Pembukaan. Dihiburkan dengan Pemuzik
Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 44

Dan Juga tarian
Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 50

Blogger Hiburan No. 1 Malaysia, BeautifulNara turut menghadirkan diri di Pelancaran Samsung Galaxy S4 ini
Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 51
Let’s Dance
Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 59Big Boss dari Samsung Malaysia

Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 65
Pelancaran seterusnya di Digi Store, Sunway Pyramid. Agak unik pelancaran kali ini apabila ianya dijalankan secara serentak dan bergerak pada hari yang sama. Selepas Pelancaran di Sunway Pyramid, Pelancaran seterusnya di Maxis Stores , The Garden dan U Mobile, Berjaya Times Square.

Lebih kurang 12.30 tengah hari, pelancarannya di Plaza Low Yat. Sempat join di sini sambil makan tengah hari dan jumpa rakan-rakan bloggers.

Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 75
Big Boss Samsung bersama Samsung Galaxy S4

Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 89Semakin ramai pelanggan yang datang di Samsung Store Plaza Low Yat untuk membeli Samsung Galaxy S4 ini

Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 108

Huhu, bila Turn saya ni?

Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 117
Flash Mob turut diadakan sempena Pelancaran ini

Video Pelancaran Samsung Galaxy S4 di Malaysia

Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 97Samsung S4 akhirnya dalam genggaman

Sedikit info tentang Samsung Galaxy S4 :
1) Harga Pasaran di Malaysia adalah RM2,199. Jika mengambil pakej, bergantung kepada servis provider, pelan dan pakej yang ditawarkan. Sekiranya tidak ingin terikat, boleh dapatkannya di pengedar rasmi Samsung.
2) 13 Megapixel Camera, dengan boleh mengambil gambar depan dan belakang pada masa yang sama.
3) Rekabentuk yang lebih menarik dengan gambar yang lebih jelas.

Info Lanjut : Samsung Galaxy S4

Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 98Kalau ada rezeki, bolehla angkat satu

Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 107Pelbagai pilihan warna Casing yang menarik. Saya berkenan dengan warna hitam dan Biru

Samsung Galaxy S4 in Malaysia 2013 111Loadingnya pun agak laju, gambar agak jelas,skrinnya pun agak besar

Pelancaran Samsung Galaxy S4 meriah sekali
Gadget pilihan di masa kini
Nampak menarik citarasa ditepati
Murah rezeki, mungkin jadi Hadiah Birthday Buat Isteri

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

39 thoughts on “Pelancaran Samsung Galaxy S4 di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.