Memang Nak Kena Lempang

ibu_nganter_ke_sekolah2

Air mata Si Ibu mengalir deras. Teresak-esak si Ibu menangis melihat keletah anak bongsunya yang semakin dibuai mimpi. Segala kemahuannya selama ini dipenuhi. Mahukan modal untuk berniaga diberikan. Mahukan tempat untuk berniaga diberikan. Sanggup bergolok bergadai pinjam sana sini demi untuk anak bongsu tersayang. Tak sangka, Madu yang diberi, racun yang dibalas.

Sikap si anak bongsu yang tidak acuh-acuh dalam perniagaan, meruntunkan jiwa seorang Ibu. Sayu bila mendengar luahan hati Mr K tentang Adik bongsu dan Ibunya. Kalau Eyriqazz, memang nak kena lempang sebiji dua. Pengorbanan seorang Ibu memang tiada tolak bandingnya. Puas sudah di Mr K , rasa gugur jiwanya apabila Si Ibu menangis teresak-esak dan si Adik yang semakin hanyut entah ke mana. Mahu berjaya, tapi tidak mahu berusaha. Pelanggan yang mencari, lama kelamaan, boleh hilang kepercayaan seorang pelanggan.

Sabarla Mr K, dugaan dalam kehidupan. Buat pembaca, ┬ánasihat-nasihatkan apa yang patut….

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

9 thoughts on “Memang Nak Kena Lempang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.