Kerana RM15, Terbang RM500

Sambungan entri sebelum INI . Sempatla eyriqazz tanyakan pandangan dari Azman Ishak berkenaan Iphone 5 yang rosak itu. Katanya mungkin IC Circuit rosak ataupun motherboardnya yang rosak. Both kalau rosak kalau nak baiki memerlukan kos yang besar iaitu sekitar RM500-RM1,000. Tepat sekali kata Bro Azman. Singgahi Apple Store di Lowyat. Katanya Iphone 5 ini dibeli di US. Jadi ianya tidak cover di Malaysia. Warrantynya tidak valid di Malaysia.

Punca kerosakan berpunca dari Charger yang boleh disambungkan di dalam kereta yang dibeli berharga RM15 yang dibeli semasa pulang ke kampung tempoh hari. Nak cepat, tak sempat check dengan rakan-rakan sesuai tak gunakan charger ini untuk Iphone 5. Tambah pula, time pulang tu terlupa juga nak chargekan Power Bank.


IMG_0002
Inilah puncanya. Kata Bro Azman Ishak dan juga ketika baiki di Lowyat, mungkin charger ini berkualiti rendah dan voltagenya terlebih bila dichargekan dan ianya merosakkan smartphone tersebut. Patutla bila chargekan Iphone , rasa panas semacam.

IMG_0003Voltage yang kurang sesuai. Produk yang kurang berkualiti. Kenapa ianya boleh dijual di Stesen Minyak Petronas? Cuba mendapatkan siapa pengeluarnya, sayang isteri sudah buangkan kotak tersebut.

IMG_0001

Hasilnya, terbang RM500. Sudahla tengah agak kering pertengahan bulan ini. Yang ni pun pinjam duit Isteri dan Adik Ipar dulu sementara menantikan cek sampai dan di clearkan. Dugaan selepas pilihanraya. Mungkin diduga kerana “Claim Duit Minyak Mengundi yang sepatutnya bukan milik Eyriqazz?. ย Yang lagi tak bestnya, semua gambar, contact, application, semuanya hilang. Reformat baru. Dahla tak sempat back up. Tak sangka jadi camni. Almaklumla, pertama kali pakai Smartphone sendiri.

So, peringatan buat Eyriqazz dan rakan-rakan yang ada Smartphone, berhati-hatila dalam membeli Charger or gunakan charger dalam kereta. Better safe than sorry. Kalau nak beli, belilah yang berkualiti. Biarla mahal sikit asal tidak merana cam eyriqazz di kemudian hari. Juga, jangan lupa buat back up secara berkala.

Buat rakan-rakan, harap dapat mesejkan no. telefon kembali. Banyak nombor telefon yang hilang dan tidak sempat di savekan.

P.s : Sensitif juga Smartphone ni kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

43 thoughts on “Kerana RM15, Terbang RM500

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.