Kakak Manja Lebih

Beberapa hari lepas, Alisya terjatuh dari kerusi ketika bermain-main. Malam tu, menangis-nangis langsung tidak kasi kami sentuh tangannya. Time tidur pun, tidak boleh tersentuh langsung tangannya. Keesokan harini, masih tidak berubah, Mama nak pegang tangannya dan nak mandikan asyik menangis-nangis, Sakit mama, sakit… Tidur seharian sambil tangan kanannya disorokkan dengan tuala mandi. Pantang Azim tersentuh sikit, meraung-raung dibuatnya.

Ibu dan Bapa mana tidak risau, bawa jumpa doktor malam itu. Doktor nak pegang pun tidak dibenarkan. Menangis-nangis lagi. Sakit Papa, sakit. Risau, doktor saran buat xray takut-takut ada tulang yang retak ataupun patah.

IMG_0366
Inilah hasilnya bila di Xray. Doktor kata tiada apa-apa masalah. Mungkin Alisya fobia katanya kesan terjatuh dan masih terasa sakit lebam-lebam yang kena. Syukur, tiada yang berat. Flashback, memang Alisya ni jenis yang mudah takutkan darah etc, macam “Mamanya” kot… Kalau luka-luka pun, luka dah baik, 2 tiga hari masih macam luka tersebut masih ada.

Kakak Manja lebih.. Haa, luangkan lebih masa dengan anak-anak adalah langkah yang baik kan?. Perlu belajar lagi Teknik Mendidik Anak dan memahami keletah anak-anak. Kadang-kadang, pengalaman adalah pembelajaran yang terbaik kan?

IMG_0365P.s : Saya tak bersalah…..

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

9 thoughts on “Kakak Manja Lebih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.