Jangan Mudah Putus Asa

Pengalaman beralih ke WordPress, beberapa bulan selepas itu, hampir merajuk dengan Nuffnang. Buat pertama kali sejak beberapa tahun aktif dan bersama Nuffnang, beberapa bulan Advertorial dan Buffered Earning menyepi. Tertanya-tanya , di manakah silapnya? Adakah Sindrom Kenadotan? Semakin kurang aktif bersama event blogging? . Atau entri yang eyriqazz hasilkan gagal menarik minat pembaca, Nuffnang dan Advertiser lagi?

Apapun, eyriqazz tidak berputus asa. Masih teruskan berblog walaupun momentumnya tidak seperti dulu, lebih-lebih lagi bila kehilangan Rakan Blogger Terbaik. Memang dalam berblog ini, kita memerlukan sahabat, rakan-rakan dan keluarga yang memberikan sokongan. Tengokla kepada Redmummy, BeautifulNara, Kujie, Denaihati yang mendapat sokongan padu dari ahli keluarga.

Bulan ini, momentum semakin kembali. Alhamdulillah :

Nuffnang AdvertorialsPucuk Dicita, Ulam Mendatang

Rajin berusaha, In Shaa Allah ditunjukkan jalan. Buat Duit Dengan Blog, banyak platform dan cara sebenarnya. Usaha, kreativiti, tidak mudah putus asa, pecahkan ruyung, dan dapatkan sagunya. Rezeki takkan datang bergolek jika kita tidak berusaha ke arahnya. Tolak perkara yang negatif, cuba ambil pada sudut yang positif.

P.s : Jom kita Paww Mr Titan belanja Cendol weekend ini….

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

10 thoughts on “Jangan Mudah Putus Asa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.