I Am The Unstoppable Explorer

I Am The Unstoppable Explorer. Cabaran dan pengembaraan memang menyeronokkan. Antara yang menjadi kegemaran saya adalah menyertai Tresure Hunt dan juga aktiviti-aktiviti yang buatkan diri berfikir dan jadi lebih kreatif. Explore the World, pengalaman mematangkan kehidupan.

Antara aktiviti explorer yang pernah saya alami :

Digi Internet Pimp My Day Final Challenge

Berkejar ke sana ke mari dalam menyiapkan tugasan. Antaranya cabaran menyiapkan video, Cabaran menyumpit, Cabaran Menari di Tiang, Cabaran Berlari , Cabaran Menyelesaikan Masalah dan Pelbagai Lagi. Al-Fatihah buat Arwah Je Jai, Seorang Rakan Blogger yang boleh Eyriqazz katakan juga seorang Unstoppable Explorer yang aktif berblog dan join pelbagai aktiviti berblogging.

Maxis Om Nom Nom Race

Cabaran mencari Lokasi Kedai Makan, Cabaran Makan dan menghasilkan entri yang menggiurkan. Berkejar dari ke sana ke mari dalam menyiapkan tugasan dalam masa yang terbaik. Walaupun tidak menang, pengalaman berharga ini memang sukar dilupakan. Sambil makan, sambil berblog, sambil menguji minda, siapa yang tak suka kan?

GSC Treasure Hunt 

Mewakili Nuffnang untuk GSC Treasure Hunt bagi Pihak Media. Walaupun boleh consider sebagai Newbie dalam acara Treasure Hunt ini, kami berjaya mengalahkan beberapa Team Media yang lain yang lebih berpengalaman. Yup, Usia bukannya penghalang.

Salah satu Cabaran, menjaringkan gol dengan halangan yang disediakan. Yieza, Eyriqazz berjaya menjaringkan dua gol dari dua percubaan yang diberikan dan menyumbangkan markah buat Pasukan GPLusMY. Dalam Cabaran, Saya akan melangkah ke hadapan dan berikan yang terbaik jika saya yakin untuk melakukannya. – Kredit gambar Tianchad.Com

I Am The Unstoppable Explorer, saya sukakan cabaran dan saya tidak mudah mengaku kalah walaupun kecewa berkali-kali. Dalam berblogging misalnya, up and down, i.e. sejak beralih ke WordPress ini, tidak menghalang saya untuk terus menghasilkan entri yang berkualiti dan berkongsi pengalaman peribadi yang mungkin berguna dan dijadikan Diari bergerak di masa hadapan.

Antara Cabaran yang pernah saya harungi baru-baru ini adalah :

Malaysia Fear Factor House Challenge - Blogger Edition 57
Fear Factor House Challenge – Blogger Edition

Saya berjaya mengharungi kesemua cabaran,kecuali menyiapkan cabaran Takut Ular dalam masa yang ditetapkan. Tak jumpa kunci. Walaupun takut/geli dengan ular, saya tempuhi juga dan berfikiran positif.  No Pain, No Gain kan?

For Me, Gadget yang paling penting dan perlu dalam menghadapi cabaran adalah Smartphone. Pilihan saya adalah :

1-iphone5-mudahkan-kehidupanIPhone 5

Gadget serbaguna. Telefon, kamera, applikasi berguna, kompas bergerak dan mudah untuk mencari informasi melalui carian internet menggunakan smartphones. Antara gadget yang akan saya bawa ke mana-mana .

Dalam tugasan dan jalan-jalan lebih meriah bila dilengkapi :

sdfsfsdfsdfsfAstro On The Go

Dengan Astro On The Go, Saat yang bosan menjadi lebih berseri. Dengan applikasi Android or Apple, boleh menggunakannya melalui Smartphones mahupun IPAD. Pelbagai rancangan yang menarik boleh ditonton dengan Astro On the Go, di pelbagai lokasi.

I Am The Unstoppable Explorer
Accepting Challenge to a Higher Level
Hadiah Menarik Buat Saya Teruja
Cabaran Unstoppable Explorer , Cabaran Terbaru Menanti saya?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

12 thoughts on “I Am The Unstoppable Explorer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.