Celebrate Hari Guru di The Manhattan Fish Market

Actually, dah lama teringin nak singgah di The Manhattan Fish Market ini. Tapi bila isteri cakap makanannya agak mahal, tak jadi pergi lagi. Bila baca entri The Manhattan Fish Market Wangsa Walk dari Kak Ina KL, terus raja teruja nak pergi. So, di special occassion sempena Hari Guru buat Isteri, belanja isteri makan di sini :

The Manhattan Fish Market Wangsa Walk Mall 12

Feesh and Cheese. Cheesenya serius sangat sedap. Meleleh air liur pekena Cheese. Ni yang buat rasa nak order Serbuk Cheeze dari Kak maz ni. Fishnya pula, rasa agak tawar dan kurang rasa. So tak habis makan fishnya, tapau bawak balik.

The Manhattan Fish Market Wangsa Walk Mall 13

Flamed Prawn. RM29.90, agak mahal. Yangni sedikit spoil. Nampak macam hangitje. Minah yang bakar udangni langsung takde nak ucap sorry kak, sorry bang, terlebih panaskan. Nasib baik masih sedap. Tapi terasala juga, kita datang on special occasion, bayar mahal-mahal, dapat yang hangit camni. Nak minta tukar kan terus tak jadi nak makan time tu.

The Manhattan Fish Market Wangsa Walk Mall 8

Air Sweet Alabama. Yangni serius sangat sedap. Puas hati, gembira hati.

The Manhattan Fish Market Wangsa Walk Mall 9

Kopi ais untuk eyriqazz. Ais sikit mintak tambah sikit dia tambah sikit betul. Last-last eyriqazz cakap, adik, tambah ais kasi penuh ya.

The Manhattan Fish Market Wangsa Walk Mall 14
Total harga 2 orang makan termasuk tax RM76.80 lebih kurang 2 minggu bajet lunch eyriqazz. Takpelah, on special occasion .

The Manhattan Fish Market Wangsa Walk Mall 2

Overall feedback eyriqazz tentang The Manhattan Fish Market Wangsa Walk Mall :

1) Ekslusif. Harga mahal tapi makanannya agak sedap dan lain dari yang lain.
2) Staff agak peramah. Cuma sesetengah staff especially beberapa staff wanita agak kurang peramah. Macam nak marah je nampak. Ishh, siapa yang buat salah ni ?
3) Takde singki air. Siap tunjuk tandas pergi basuh di tandas awam. Umm, tak nice la kan? Charge service dan goverment tax, tapi servis yang diberikan rasanya kurang setimpal untuk dikenakan service tersebut.
4) Adakah Eyriqazz akan singgah sini lagi ?
Jawapan : Maybe not kot unless terpaksa. Mungkin akan singgah di The Manhattan Fish Market cawangan lain…. I pay for it dan harga yang mahal kenala setimpal dengan apa yang dapat kan? Apapun, lain padang, lain belalang….

P.s : Pernah makan di The Manhattan Fish Market? Apa pandangan anda?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

25 thoughts on “Celebrate Hari Guru di The Manhattan Fish Market

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.