Blog Sudah Tidak Relevan Lagi?

blog dah tak relevan

Sebelum buat entri ni, saje je lah aku google guna keyword tajuk entri ni “blog dah tak relevan”. Then, bila tengok result yang keluar agak memelikkan aku juga lah. Sebab banyak juga entri politik yang keluar. Ye lah, kan, orang ni kata orang tu tak relevan. Orang tu kata orang ni tak relevan. Pendek kata, untuk page pertama search engine, keyword “tak relevan” dah dimonopoli oleh cerita politik. Tapia da juga entri lain yang dah tak relevan, contohnya kad raya dah tak relevan. Woot.. woot…

Ok, tinggalkan cerita politik, ini bukan entri politik. Hehe… Ini entri untuk membicarakan topic “Blog Dah Tak Relevan?”. Ada tanda soal dalam topic kali ini. Adakah benar blog dah tak relevan?. Ok, ini pandangan peribadi saya :

1)  Laman Sosial seperti Twitter dan Facebook Lebih Relevan?

twitter

Perlu juga dilihat definasi relevan disini. Maksudnya apa ya, kalau “dah tak relevan”?. Sebab orang sekarang lebih ramai yang layan FB dan twitter berbanding blog?. Dari FB juga boleh dapat tahu macam-macam cerita dan info terkini.

Tapi kan, jika dilihat, orang ramai masih menggunakan enjin carian seperti google untuk mencari maklumat. Naaahhh… di sini lah blog memainkan peranan yang penting kerana kebanyakan result yang dipaparkan di muka surat pertama enjin pencarian ialah blog.

Jadi, adakah blog dah tak relevan?. Maksud “dah tak relevan” di sini, adakah dah tak boleh digunapakai lagi? Dah tak berguna? Atau dah tak ada manfaat lagi yang boleh diambil?. Setiap orang pasti punya jawapan yang tersendiri.

2) Banyak Sangat Blog yang Bersawang

blog bersawang

Ya, yang ni memang tak dinafikan. Rata-rata seorang blogger pun memang boleh membuat beberapa blog. Ada blogger yang dapat update kesemua blog yang dia ada, ada yang sebahagian sahaja berupdate dan ada juga yang satu blog sahaja berupdate. Yang lain di tinggalkan bersawang.

Ini kerana, buat blog memang mudah. Dalam 3 langkah je dah boleh siap kalau set up blog menggunakan platform percuma. Tapi nak membangunkan blog agar dikenali ramai dan dibaca oleh pelawat-lpelawat, tu memang bukan mudah.

Yang ni, mungkin sebab kekangan masa atau ada komitmen lain yang lebih penting. Dan mungkin juga buat blog sekadar ikut-ikutan. Orang ada blog, dia pun nak ada blog juga.

Antara sebab blog paling cepat bersawang yang paling famous sekali ialah buat blog untuk kaya cepat.

3)      Blog hanya akan mati bagi mereka yang buat blog untuk kaya esok hari.

duit dari blog

Dah selalu sangat terbaca statement bahawa 90% mereka yang buat blog untuk duit semata-mata kecundang akhirnya. Sebabnya, mereka telah meletakkan target untuk dapatkan duit sahaja. Mungkin sebab selalu dengar kisah buat duit dengan blog, dan tengok orang tayang earning hasil blogging masyuk je. Tak pun sebab kalau memulakan perniagaan, salah satunya perlu buat blog, sebagai medium pemasaran.

Tak salah, dan tak menjadi masalah sebenarnya buat blog demi untuk buat duit. Tapi, hanya yang betul-betul tegar, cekal dan semangat kental sahaja boleh berjaya pertahankan blog yang dicipta khusus untuk mendapatkan duit. Sebab, nak dapat duit dari blog, bukan hari ni buat blog, esok terus duit datang macam hujan turun. Huhu… Tidak sama sekali. Mana bisa jadi gitu, dong.  Perlu banyak promosikan blog kalau nak buat biz dengan blog. Kalau nak dapat pasif income pun, macam tu lah juga. Tu belum kira strategi SEO lagi tu.. Haa…

 4)      Pengiklan pandang rendah pada kemampuan blogger. 

pengiklan pandang rendah

Tak dinafikan, ada pengiklan yang memandang rendah pada kemampuan blogger sehingga ada yang mahu menggunakan blogger secara percuma. Ada yang menyangka blogger sukakan barangan percuma atau makan percuma. Tanpa mereka sedari, blogger tidak membuat blog secara percuma.

Ya, kalau yang guna blogspot memang percuma, tapi nak update blog guna talian internet, bayar broadband tu, bukan percuma. Blogger perlu keluar duit juga. Kalau yang guna WiFi memang percuma, tapi sejauh mana prestasi WiFi boleh memuaskan hati blogger. Oh, alangkah broadband yang berbayar tu pun kadang-kadang semput.

Itu, kalau nak dikira penggunaan internet. Nak update blog, bukan setakat guna talian internet, tapi perlukan juga kuasa elektrik. UntukON laptop. Kot kalau tak guna laptop, guna gadget-gadget seperti smart phone sekalipun, betrinya perlu dicas. Bila guna elektrik, bayar bil elektrik, guna duit lah juga.

Itu dari segi duit. Bagaimana pula dengan masa dan juga idea-idea yang blogger perlukan untuk menyiapkan satu-satu entri?. Pendek kata, ada modal yang terlibat. Bukan percuma. Jadi relevankah blogger digunakan secara percuma?.

Tapi, kata Aaliyah Soraya dari Lazada:

“ jangan pandang ringan pada pengaruh bloggers, memang memainkan pengaruh yang kuat especially dalam buat decision “Buy or Not”.

Haaa…tu kan dah betul tu. Ni menunjukkan yang blog masih lagi relevan. 😀 Senyum sikit… Hehe…

5) Saya tak Baca Blog!

blog-3

Rakan : Saya tak baca blog. Baca laman web je.

Saya : Awak tak baca blog?. Awak tahu tak apa beza laman web dengan blog?.

Rakan : Laman web tu yang ada dot com.

Saya senyum je. Saya tahu dia layan beautifulnara.

Saya : So, macam beautifulnara tu blog ke website?

Rakan : Website.

Saya : Beautifulnara tu pun, blog juga. Bukan website.

Lalu saya terangkan perbezaan website dan blog. Ya, sememangnya ramai yang tak sedar mereka sebenarnya membaca blog setiap hari. Ada yang rasa, kalau dia baca pasal cerita personal, tu baru blog.

Begitulah… Hakikatnya, hanya orang yang dah biasa dengan alam maya dan mengenali dunia blogging yang akan benar-benar tahu sejauh mana relevannya sesuatu blog. Berkongsi pengalaman peribadi di blog juga bukanlah suatu yang sia-sia. Mana tahu kan, entri yang dibuat tu, dapat diambil pengajaran oleh pembaca.

Skop blog ni sangat luas. Macam-macam niche ada. Macam-macam juga boleh dibuat dengan blog. Oleh itu, blog, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.:)

Entri ini ditulis oleh penulis jemputan, Sya Isya, penulis blog syaisya.com

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

25 thoughts on “Blog Sudah Tidak Relevan Lagi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.