Astro On The Go Unstoppable Explorer

941917_10151664864337628_1914139464_n

Astro On The Go Unstoppable Explorer saya hadiri
18 May 2013, di Sunway Pyramid, event ini
Sungguh seronok rasa hati
Pengalaman saya untuk dikongsi
kredit picture ; Tianchad.Com

Astro on the Go Explorer 2013 35

 Jinny Boy dari Hitz.fm menjadi pengacara majlis untuk event yang berlangsung satu hari ini. Pelbagai acara menarik di atur di event ini yang turut menjemput pelbagai artis popular antaranya Aaron Aziz, Johan Maharaja Lawak, Joe Flizzow, dan ramai lagi.

astro explorer 2

Antara acara lain yang turut diatur ketika Astro On The Go event ini antaranya :
1) Astro On the Go Unstoppable Explorer untuk bloggers – 10 station dengan permainan ala-ala Treasure Hunt dengan gadget yang diberikan menyelesaikan klu dan soalan berkaitan Sunway Pyramid dan juga Astro On the Go Program.
2) Games untuk kanak-kanak dan orang dewasa
3) Mini kuiz
4) Persembahan menarik dari artis-artis Astro
5) Boleh terus melanggan  Astro On The Go pada event tersebut.

Astro on the Go Explorer 12

25 pasukan bloggers , satu pasukan 2 orang untuk Astro On the Go Unstoppable Explorer. Teammate eyriqazz , Alice in Wonderland seorang yang happy go lucky, sentiasa berfikiran positif, dan mudah bekerjasama. Banyak tugasan diselesaikan oleh Alice dengan mudah. Walaupun masih muda, semangat kentalnya memang dikagumi especially dalam menyiapkan tugasan sempat “tweet tidak henti-henti” bagi memenangi kategori Best-Tweet Team.

Astro on the Go Explorer 11Antara Klu yang perlu diselesaikan

Kelakar juga, ada part tu booth dah ada depan mata tapi kerana gabra dan nak cepat, boleh pula tidak perasan booth yang sudah berada di depan mata.

page 2
Antara tugasan dan lokasi yang berjaya dicompletekan. Dari event ini, kami juga mendapat pelbagai maklumat berkenaan Astro On the Go i.e. rancangan menarik yang boleh ditonton di Astro On The Go siapa yang boleh subscript Astro On the Go dan pelbagai lagi. Memang seronok kejar ke sana ke mari menyiapkan tugasan yang diberikan. Dah nak abis masa, barula perasan rupanya ada helpline yang boleh menyelesaikan tugasan dengan lebih pantas. Dalam pukul 1 petang, berakhirnya acara “Unstoppable Explorer” ini. Memang seronok dan menguja walaupun tidak berjaya menyelesaikan kesemua tugasan dalam masa yang ditetapkan.

Astro on the Go Explorer 2013 45

Around 1pm+, event semakin happening. Semakin ramai yang berkerumun di sini especially peminat Aaron Aziz yang tidak berganjak menantikan kemunculan Aaron Aziz dan artis-artis yang lain. Memang meriah, full house.

page

 Tak kering gusi dengan gelagat Johan Maharaja Lawak. Joe Flizzow turut menghiburkan. Artis-artis lain seperti Pelakon Oh My English, dan persembahan yang diaturkan memang memukau hadirin yang hadir. Sambil-sambil tu, ada juga yang tidak melepaskan peluang untuk turut melanggan Astro On The Go di event tersebut.

Astro on the Go Explorer 2013 46

 Top Bloggers Malaysia, Beautifulnara dan Redmummy turut tidak melepaskan peluang untuk hadir ke event ini. Haa, dah melanggan Astro On the Go belum ya? Tentu sudah kan?

Acara yang dinanti-nanti , akhirnya tiba, pengumuman pemenang Astro On The Go Unstoppable Explorer :

Astro on the Go Explorer 2013 62

Tahniah buat semua pemenang

Astro on the Go Explorer 2013 64Team Eyriqazz memenangi kategori Top-Tweeting Team dan membawa pulang RM500 seorang

Overall, Antara Bahagian Terbaik ketika di Event ini :
1) Dapat mengetahui lebih lanjut tentang Astro On The Go . Nampak macam sesuai dengan Eyriqazz, seorang bloggers tegar yang selalu on the go dan travel. Bolehla menghilangkan kebosanan sambil menonton rancangan menarik. Antaranya boleh menonton Live Sports & Events, Video on Demand (VOD), Catch up TV, TV Channels dan pelbagai lagi.
2) Event yang menguji minda dan menghiburkan
3) Menang Hadiah – Of Course la kan?
4) Artis dan Rancangan yang disusun menarik pelbagai golongan usia
5) Dapat jumpa rakan-rakan bloggers
6) Staff yang User Friendly menerangkan tentang Astro On The Go

Special thanks buat Astro dan Nuffnang kerana menganjurkan event yang menarik ini.


Selepas event ini, Astro On The Go nampak agak sesuai dengan Lifestyle Eyriqazz. Fast forward, Bagaimana Saya melihat diri saya menggunakan Astro On The Go pada masa hadapan ( how do you foresee yourself utilizing Astro On-The-Go in the future?).  Antaranya :

IMG_02421) Shopping Time – Yup, eyriqazz ni jenis mudah bosan ketika shopping. Normalla, kaum suami. Shopping sinonim dengan wanita. Time sebegini, bolehla Isteri shopping sepuas hati dan Astro On The Go menjadi penghibur menonton rancangan yang digemari. “Win-Win” kan? . Hati suami pun tak panas menunggu lama, Isteri pun boleh shopping tanpa rasa “cepatla, cepatla”. Apapun, lain suami, lain ragamnya kan?

2) Balik Kampung/Bercuti – Anak-anak makin aktif dan lasak especially perjalanan jauh. Mereka mudah bosan tiada aktiviti. Dengan adanya Astro On The Go bolehla mereka menonton rancangan kegemaran i.e. Disney Channel dan Cartoon. Hatipun lebih senang memandu bila anak-anak tidak ke sana ke mari bergerak aktif.

Astro on the Go Explorer 15

3) Astro Multiroom – Haa, yang ni pun nampak menarik i.e. Adik Ipar tinggal satu rumah dengan kami. So, bolehla dia menonton rancangan kegemarannya, kami/anak-anak boleh menonton rancangan kegemaran mereka. Takdela perlu berebut remote or kata mudah boleh menonton different channel pada satu masa yang sama kan?

Restoran Ayam Penyet Best Wangsa Walk3
4) Makan-Makan di Luar – Kadang-kadang, sukar juga nak layan kerenah anak-anak di tempat makan especially bila time diorang tak berselera nak makan. Petik sini, cuit sana, cuit sini. Ada  Astro On The Go bolehla anak-anak menonton rancangan kegemaran/education program sambil menanti kami habis makan.

5) Emergency Case – Time di Hospital ketika Azim sakit last time, memang nampak Alisya agak kebosanan. Bawa games pun, dia mudah bosan. Kalau ada Astro On The Go, kurangla sedikit kebosannya yang melanda.

6) Di rumah, di pejabat (i.e. time lunch), di kampung halaman, dan di mana-mana sahaja.

Selain itu, ianya boleh digunakan untuk education purpose i.e. menonton rancangan bercorak pendidikan kanak-kanak, National Geogprahic dan juga hiburan. Macam eyriqazz, minat dengan rancangan bola, isteri pula drama-drama bersiri dan banyak rancangan yang boleh ditonton melalui Astro On The Go .

Tapi, Mudah ke Nak melanggan Astro On The Go ni? Umm, bagi pelanggan Astro sedia ada :

Subscribe Astro on the go

3 Steps Mudah untuk Pelanggan Astro On The Go
Info lanjut layari Astro On The Go website
how to subscribe 2
Percuma sekiranya pelanggan Superpack ataupun Multiroom

not subscriber
Bagi bukan pelanggan Astro, 3 langkah mudah juga
Info lanjut layari Astro On The Go website

Astro On The Go – Take Astro with You, Wherever You Go
Happy Moments Watching favourite Show
Family Enjoy You Feel Ho Ho
Life Better, Feel Better with Astro On the Go

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “Astro On The Go Unstoppable Explorer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.