Ugutan Jika tidak Mengundi

Sambungan entri Pilihan Raya 2013 – Dilema Si Anak. Beberapa hari lepas, sempat jumpa Mr K lagi. Seperti biasa, topik Pilihan Raya antara yang dibualkan.

PRU13

Mr K : Bro, aku telefon Mak aku semalam. Mak aku pujuk aku lagi untuk Undi Parti Z. Katanya, kalau mereka (Parti Z) dapat tahu aku undi Parti X, mereka nak tarik balik Benefit dan Bantuan kepada Mak aku. Ko taula Bro, Mak aku tu Ibu Tunggal, Penyokong Setia Parti Z, dan banyak ikut rombongan ke sana ke mari anjuran Parti Z. Tapi, takkan sampai anak-anak pun kena paksa undi Parti Z? Undi tu kan hak individu …

Eyriqazz : Umm, habis tu, kalau ko Undi Parti lain, diorang tau ke ko Undi Parti lain.
Mr K : Tuhla, cara Mak aku cakap tu, macam diorang tahu aku undi parti mana nanti. Pelik juga aku coz setahu aku “Undi Itu Rahsia” kan?
Eyriqazz :Haah…So, apa keputusan ko bro. Ko nak undi Parti Mana nanti?
Mr K : Tuhla, makin dilema dibuatnya.

Umm, patutla orang cakap Politik Itu Kotor. Macam-macam permainan politik dipermainkan bagi memenangi Pilihan Raya, tidak kirala dari mana-mana pihak. Gajah sama gajah bergaduh, semut mati di tengah jalan…

P.s : Kalau anda di situasi Mr K, Apakah yang bakal anda buat?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

18 thoughts on “Ugutan Jika tidak Mengundi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.